Pengikut Awan

Thursday, February 3, 2011

Selamat Tahun Arnab


Gong Xi Fa Cai...

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat berbangsa Cina. May the peace be with you always...

Menurut kalendar lunar, Arnab (兔) ialah bintang haiwan yang keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Arnab," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

29 Januari 1903 - 15 Februari 1904: Arnab Air
14 Februari 1915 - 2 Februari 1916: Arnab Kayu
2 Februari 1927 - 22 Januari 1928: Arnab Api
19 Februari 1939 - 7 Februari 1940: Arnab Tanah
6 Februari 1951 - 26 Januari 1952: Arnab Logam
25 Januari 1963 - 12 Februari 1964: Arnab Air
11 Februari 1975 - 30 Januari 1976: Arnab Kayu
29 Januari 1987 - 16 Februari 1988: Arnab Api
16 Februari 1999 - 4 Februari 2000: Arnab Tanah
3 Februari 2011 - 22 Januari 2012: Arnab Logam
2023 - 2024: Arnab Air
2035 - 2036: Arnab Kayu
2047 - 2048: Arnab Api

Sifat-sifat yang ada pada tahun arnab atau mereka yang lahir pada tahun-tahun tersebut adalah:

Kedudukan zodiak : Ke-4
Waktu naungan : 5 – 7 pagi
Mata angin : Timur
Musim dan bulan : Musim bunga, Mac
Zodiak Barat yang bersamaan : Pisces
Polariti : Yin
Sifat positif :
Peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik, berjiwa seni
Sifat negatif :
Tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, hipokondria, naif, pengecut, mudah terpedaya
Paling serasi : Khinzir, Kambing
Sederhana serasi : Anjing, Arnab, Ular, Kuda
Tidak serasi : Naga, Tikus, Ayam, Lembu, Kera, Harimau.

P/s: Ada kawan kata tahun arnab nie maknanya "Makan sikit-sikit tapi banyak". Yelah, arnab makan memang macam tu...mulut kecik tapi makan banyak. Aku dilahirkan tahun harimau, tak serasi dengan orang arnab. Nanti habis orang-orang arnab aku makan. Dan aku bukan 'Budak Arnab'...

Monday, January 31, 2011

Udang Kering, Ikan Bilis...

Sudah banyak info-info yang kita temui tak kiralah dari sumber-sumber blog, Facebook, bahan-bahan bertulis atau ceramah-ceramah berbayar untuk kita mengetahui sifat-sifat yang ada pada seseorang. Terkadang, ilmu itu datang dari sumber yang ada disekeliling kita atau berlaku dihadapan kita. Cuma kita sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran boleh mentafsirkannya.

Ada seorang kawan. Seorang yang sukses dalam kerjayanya, ramah mesra, mudah didekati, berfikiran terbuka dan merendah diri. Amat sukar dizaman ini mencari seorang yang boleh dipanggil sahabat. Kebanyakannya akan berubah bila sudah tidak lagi dibiayai oleh mak bapak atau PTPTN (walaupun mereka terpaksa bayar balik pinjaman itu). Bila mereka-mereka ini sudah berkereta mewah, bergadget yang up-to-date, mulalah lupa siapa kawan yang sama-sama bergelak-tawa dulu-dulu. Mulalah mengkastakan kawan-kawan mengikut ketebalan dompet atau samada handphone itu cap epal atau buah berry...

Berbalik kepada kawan yang seorang tadi. Beliau akan mula bertugas ke luar negara tak berapa hari lagi. Syabas my friend!!!. Nak ke Amerika Syarikat. Tak lama lagi Penjejak Awan akan di'tag'kan kat gambarnya di Facebook berlatar-belakangkan bangunan White House. Cayalah...

Beberapa hari yang lepas, beliau ada emelkan gambar persediaan sebelum menjejakkan kaki ke negara Uncle Sam tersebut. Beliau membungkus udang kering dan ikan bilis untuk dibawa bersama. Yelah...USA mana ada udang kering...hehehehe


Hmm...begitulah ceritanya. Penjejak Awan kalau nak pilih seorang pemimpin, akan cari orang yang macam nie. Bukan kerana beliau adalah seorang kawan rapat, tapi kerana sikapnya yang berpijak di bumi nyata. Bekerja sebagai wakil negara di negara orang adalah pencapaian yang amat tinggi pada pandangan Awan. Harapan agar suatu hari beliau pulang sebagai pemimpin...insyallah.

Walau kemana pun kita pergi, udang kering, ikan bilis jugak yang kita akan cari. Sebagai anak bangsa, kita tak akan lupa asal usul kita. Bak kata Hang Tuah (kenapa selama nie kita tak pernah sebut Allahyarham Hang Tuah yer?...hmmm musykil) Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Selagi kita makan nasi berlauk ikan atau ayam cicah belacan...


Dan setinggi mana pun anugerah yang kita dapat di dunia ini, jangan lupa langsung dari mana kita berasal. Ada yang baru berjinak-jinak dalam team orang kaya, sudah mula makan stik dan menjamu anak-anak dgn KFC hampir tiap-tiap hari, breakfast pulak kat McD. Foto-foto sajian barat di paparkan dalam facebook supaya rakan-rakan menelan air liur melihatnya. Penjejak Awan akur yang mereka makan sekali-sekala. Cumanya...ia dah jadi macam kebiasaan pada sesetengah orang. Suatu kemestian...

Ya...kita mudah lupa mungkin. Dahsyatttt...!!! kata Nadzmi.


P/s: Hairan jugak bila kita nak menarik pelancong datang ke negara ini, kita kena bina banyak pusat hiburan. Tapi yang memenuhkan pusat-pusat hiburan itu nanti anak-anak bangsa kita jugak, artis-artis bangsa kita jugak. Yang nanti menyebabkan anak bangsa kita jugak yang tunggang-langgang. Mat Salleh nak capture scene-scene kat kampung-kampung...sebab kat eropah sana mana ada kampung...

Badminton vs Tennis...

Pagi yang masih dingin dibasahai hujan yang melimpah-ruah sejak beberapa hari yang lalu. Penjejak Awan tiada tempat nak mengeluarkan peluh apatah lagi berlatih hikmat-hikmat baru. Terperuk sahaja dalam stadium....Stadium Astro.


Semalam, di Terbuka Korea, nasib masih kurang baik buat Dato' Lee Chong Wei apabila tewas lagi buat kali ke-15 ditangan Lin Dan. Dato' tewas 19-21, 21-14, 16-21. Walau apa pun tahniah dato' kerana dapat juga bermain hingga ke final walau tanpa kelibat pemain single dan double dari negara kita. Juga ketiadaan Dato' Misbun di tepi court. Simpati pada Dato' Misbun. Orang yang banyak jasa pada negara. Teringat nasib yang menimpa Tan Sri P. Ramlee...bila membawa untung disanjung-sanjung, bila dah tiba dipenghujung, ramai yang nak tengok dia jatuh tersandung.

Apapun buat Dato' Lee Chong Wei...pesanan dari Penjejak Awan, wajah tu kasi ego sikit. Baru lawan gerun nak bertanding. Hehehehe...jangan marah Dato'.


Semalam dah diulas final wanita akhir Tennis Terbuka Australia. Dan semalam juga adalah perlawanan akhir Tennis Lelaki antara Novak Djokovik bertemu Andy Murray dan dimenangi oleh Djokovik 6-4, 6-2, 6-3.

P/s: Hati tak berapa tenang. Badminton tewas, Nadal pun tak main di final. Semoga tuhan melindungi mangsa-mangsa banjir di Segamat, Kluang dan Labis...bertenanglah...

Sunday, January 30, 2011

Tahniah Pahlawan Merah dari Penjejak Awan

Pagi yang dingin kerna hujan tak henti-henti mencurah bumi. Malam tadi agak banyak pertandingan yang perlu ditonton. Sesungguhnya tiada hari tanpa sukan.


Bermula dengan Tenis Akhir wanita Australia Open yang dimenangi oleh juara baru Kim Clijsters menewaskan pemain China Li Na (3-6,6-3,6-3). Happy Chinese New Year Li Na.

Kemudian Piala Sumbangsih sebagai pembuka tirai Liga Super negara antara Selangor dan Kelantan. Apa keputusannya?...Malanglah kalau dah tengahari begini masih ada yang tak tahu keputusannya. Yaa...lihatlah rakaman gol-gol ini.

Jaringan Penalti Norshahrul Idlan Talaha


Jaringan menarik Piya

Tahniah Pahlawan Merah. Tapi yang bebal dan beruknya adalah sikap penonton kita. Permainan terpaksa dihentikan gara-gara letupan mercun dan balingan botol mineral ke arah penjaga garisan. Apa kejadahnya? Kalau penonton Indonesia yang buat, 3-4 hari masuk paper mengutuk perbuatan orang. Tapi laser ada jugak dalam padang malam tadi. Mangkuk hayun...mentaliti tahap ayam. Tapi ayam pun popular serata dunia dengan KFCnya. lu orang apa ada???

Sambil-sambil tengok Piala Sumbangsih, picit-picit jugak remote control tu menjenguk-jenguk Piala FA Chelsea dan Everton. Hmmm...seri 1-1. Saha menjaringkan gol awal dan kemudian disamakan oleh pemain gantian Kalou.

Habis sahaja Piala Sumbangsih, terus sahaja ke Qatar untuk Final Piala Asia antara Australia dan Jepun. Pada minit ke 109 Lee Tadanari menjaringkan gol tunggal perlawanan. Tahniah Jepun!!!

P/s: Lihat penonton tenis tertib jer, tepuk sikit-sikit, profesional. Tengok penyokong Chelsea Everton bersemangat, kadang-kadang menge'boo' player yang tak disukai. Tengok penyokong Australia (yang di katakan mereka berasal dari lanun) dan penyokong Jepun (yang dikatakan amat buruk perangainya masa serang Malaya dulu)masing-masing menyokong secara beretika. Penyokong kita???

Blog Widget by LinkWithin