Pengikut Awan

Thursday, January 27, 2011

Awan makin mendung dan kelabu...


Cubalah hayati karikatur ini dengan mendalam. Penjejak Awan rasa, tak perlulah kita hayatinya macam menghayati lukisan abstrak. Straight forward...

Tak pastilah kalau mereka yang baru lahir telah diazankan di telinga kanan dan diqamatkan ditelinga kiri boleh menerima karikatur sinis macam nie dan gelak terbahak-bahak. Pada Penjejak Awan yang belum lagi naik Haji, yang tidaklah layak bekerja di Jabatan Agama, apatah lagi nak merasa jawatan Mufti.

Yang hak itu hak, yang batil itu batil. Dalam agama cuma ada putih dan hitam. Tapi kita sering mewarnakannya jadi kelabu (hitam + putih). Yang halal itu halal, yang haram itu haram. Yang wajib itu wajib dan yang berdosa itu berdosa.

Dan bila kita melaksanakan kebenaran, maka disitulah ada kebatilan. Dan tak ada siapa-siapa pun nak mempersoal bahkan menjunjung banner menunjuk perasaan. Tapi kalau kes Fasha Sandha, ramai pulak yang memuji (walau ada jugak sebenarnya yang membenci). Ada pulak orang-orang yang percaya dia telah melakukan perkara yang benar. Yang pernah ditangkap khalwat, pernah hina nabi pun masih ada peluang berlakon (tanpa perlu melalui proses undi sms)

Awan makin mendung!!!

Sudahlah...nak pergi hantar bekalan ke Palestinlah...nak mengecam tindakan karikatur asing menghina Nabilah...nak siarkan berita tentang pengharaman memakai tudung di Eropahlah....sudahlah...hipokrit jerlah kita nie...

P/s: Terlalu penat nak tulis kat bahagian 'p/s' nih...hancur luluh dah semangat Penjejak Awan melihat dunia ini telah semakin mendung. Awan yang putih bersih dah dicemari...penuh dengan asid yang boleh membunuh kita perlahan-lahan...

Happykan diri bersama Kanda Dinda



Entah kenapa pulak, suka dengar lagu macam nie. Enjoy semacam jer...ditengah-tengah alam sekitar yang membahang, walau hujan turun mencurah-curah. So, kita goyang-goyangkan jelah kepala dengar lagu nie...

p/s: Aku buat undian pukal satu ratus sms untuk lagu nie menang AJL tahun depan. Harap menang. Sebab...mana-mana lagu yang menang AJL, mesti lagu dan liriknya boleh diingat sampai bila-bila...hehehehe

Friday, January 14, 2011

Siapalah aku...


Tidak tahu di mana silapnya, atlet paralimpik negara mendakwa mendapat layanan kelas kedua media berikutan tiada hebahan mengenai kejayaan kontinjen itu ketika mengungguli Kejohanan Sukan Para Asia 2010 di Guangzhou, China, 12 Disember lalu.

Malah, ketika kejohanan berlangsung hingga 19 Disember, kontinjen paralimpik Malaysia mendakwa dianak tirikan berikutan tiada liputan media, apatah lagi siaran langsung yang membolehkan rakyat tempatan menonton aksi cemerlang atlet.


Penaung Majlis Paralimpik Malaysia, Tun Jeanne Abdullah melahirkan rasa kecewa apabila mengenangkan atlet paralimpik tidak memperoleh perhatian seperti mana diterima atlet negara yang beraksi di temasya sama.

“Kami kecewa. Tiada rakyat Malaysia mengetahui pencapaian atlet paralimpik kerana tiada siaran langsung sedangkan ketika atlet Sukan Asia beraksi, anda memberi sepenuh tumpuan, liputan bermula daripada majlis pembukaan hingga selesai.


“Tak cukup itu, setiap perlawanan membabitkan Malaysia, ditayang secara langsung, namun Sukan Para Asia tiada. Kenapa berlaku begitu? Saya mahu rakyat melihat atlet buta beraksi dan yang tiada kaki boleh bermain ping pong. Malangnya mereka tak dapat menonton aksi itu,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran program Hutan Kita @ Paralympic Park di Taman Bukit Jalil, semalam. Turut menemaninya, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Hadir sama, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Zainal Abu Zarin, Chef-de-Mission kontinjen negara ke Kejohanan Sukan Para Asia 2010, Datuk Dr Ramlan Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Landskap Malaysia, Datuk Ismail Ngah.

Jeanne yang juga Pengerusi Landskap Malaysia percaya penduduk tempatan sebenarnya mahu mengetahui prestasi atlet paralimpik, terutama di peringkat antarabangsa.



“Orang kita nak tahu tapi mereka tak pasti saluran mana nak dapat sedangkan kawan saya di Melbournepun dapat menyaksikan Sukan Para Asia secara langsung apabila dia menelefon menyatakan melihat saya di televisyen,” katanya.

“Tapi di Malaysia, saya tak tahu kenapa tiada siaran langsung atau laporan berterusan, saya tiada jawapan itu. Namun, kalau kita percaya terhadap 1Malaysia, maka 1Malaysia patut untuk semua, termasuk orang kurang upaya,” katanya.


Skuad paralimpik negara berjaya memenangi 45 pingat merangkumi sembilan emas, 13 perak dan 23 gangsa, sekali gus meletakkan negara di kedudukan keenam dalam senarai pungutan pingat yang disertai 41 negara.


Program Hutan Kita @ Paralympic Park diadakan bertujuan mengiktiraf kejayaan atlet paralimpik yang cemerlang di kejohanan lalu dengan 70 pokok hutan tropika ditanam khas untuk mereka sebagai tanda penghormatan dan dinamakan mengikut nama masing-masing.

Petikan Harian Metro, Jumaat, 14 Januari 2011

P/s: Mungkin terlalu banyak rancangan realiti kot... Tak tau dah nak dislotkan kat mana. Rancangan lain boleh kaut banyak duit, stesen tv boleh kaya, syarikat telekomunikasi boleh kaya, tokey topup pun boleh kaya. Paralimpik??? nak suruh orang kita tonton?? Parking untuk OKU pun diaorang bedal letak kereta. Orang kita nie semuanya suka berpura-pura jer...jumpa OKU pun mungkin dimajlis berbuka puasa. Setahun sekali, itupun kalau masuk paper atau masuk TV.

Friday, January 7, 2011

Hikayat Sang Kancil Moden


Salam Tahun Baru (aaarghh...lewat 7 hari dah). Maaf. Penjejak Awan baru 'meneroka' dan 'terjun' ke bidang baru. Bidang yang ber'Tuan'kan diri sendiri. Tanpa belenggu 'irama'. Bertaubat dari alam yang satu lagi...

Lama sudah menyepi. Melihat rupa bumi yang terbentang luas. Mendongak dan melihat langit. Walau kini, awannya banyak yang gelap. Segelap-gelap awan, akan melimpah juga rahmat sekelian alam.

Melihat ke bumi. Memerhati dengan jelas satu penjuru. Sebuah tempat. Yang mana di situ, dikuasai oleh spesis Kancil. Kecil sahaja bentuk rupanya. Tetapi ada kebijaksanaan. Tapi bak kata Kristal 'Dalam seikat daun sirih, mana boleh tak boleh, jumpa sehelai sirih, bertemu urat'. Maka sekalian kancil-kancil yang banyak itu, bukan semuanya pandai. Mesti ada yang pandai sangat, tapi ada jugak yang pandai di segi-segi lain. Mungkin pandai cari makan, pandai kira-kira, pandai bercerita, tak lupa juga yang pandai menipu dan pandai mengampu.

Sungguhpun begitu, kawasan tersebut bukanlah dikuasai oleh kancil-kancil sahaja. Hidup di dalamnya adalah juga spesis lain seperti Singa dan Gajah. Walau bagaimanapun, mereka hidup dalam keadaan yang aman damai. Oh ya...jangan lupa tentang ketentuan alam kerana singa masih haiwan karnivor...ingat tu...

Telah sekian lamanya, kancil-kancil ini menjadi pengendali kawasan yang subur dan makmur itu. Oleh yang demikian juga, maka sudah tentu sifat semulajadi haiwan untuk menguasai sebahagian teritory itu wujud. Lebih besar teritory, maka lebih luaslah peluang mendapat sumber makanan yang banyak. Perut-perut perlu diisi. Isteri-isteri perlu dikahwini. Dan terjadilah beberapa perebutan disana-sini.

Semakin lama, semakin menjadi-jadi. Bukan kancil dengan kancil sahaja, singa dengan singa juga begitu. Gajah dengan gajah juga apa kurangnya. Cuma pergaduhan singa vs singa dan gajah vs gajah ini kurang kedengaran.

Semakin lama, saban hari dan saban tahun. Maka oleh kerana kancil adalah spesis yang bijak, maka masing-masing dengan kebijaksanaan dan kelicikan masing-masing cuba menentang antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Kadang-kadang, oleh kerana kelicikan mereka ini, maka ada juga bantuan diterima dari singa dan gajah. Masing-masing dengan kumpulan singa dan gajah masing-masing. Maklumlah, kancil bukanlah ada taring dan tanduk untuk mencederakan kancil yang lain.

Perebutan wilayah semakin hangat. Macam-macam kebijaksanaan. Kalau hendak ditulis dalam siri 'Sang Kancil' ini memang tak larat.

Singa...seperti yang telah ditulis tadi. Adalah karnivor. Payah betul nak jumpa singa-singa nie memamah tebu atau mengopek tembikai atau mengunyah sawi. Mereka ini bersifat gagah berani. Akan tetapi, bila berada di kawasan yang dikuasai oleh kancil, mereka bersifat agak baik...singa makan gak kancil-kancil nie...cuma dalam jumlah yang diperlukan sahaja...hehehe




Gajah...besar,nampak pendiam, agak perlahan. Tapi mereka besar!!! Lebih kuat dari kancil sebenarnya, cuma kurang sikit kadar kekuatannya kalau dibanding dengan singa. Sebab apa? Sebab gajah makan tumbuh-tumbuhan. Tebu, pucuk sawit, daun-daun kayu...semuanya mereka makan. Taklah bahaya sangat. Melainkan kalau mereka ini bergerak beramai-ramai, maka terpijaklah kancil-kancil ini. Bergelimpangan...hehehe

Jauh di sudut padang, dibawah pohon yang rendang, singa-singa ini duduk berehat dan melihat dari jauh kancil-kancil ini menunjukkan kebijaksanaan masing-masing ditengah kawasan lapang.

Di hujung sudut lagi, gajah-gajah ini bersantai dalam lopak menyejukkan badan sambil juga memerhati gelagat kancil-kancil ini.

"Biarlah kancil-kancil tu bercakaran, kalau ada peluang, seekor-seekor kita akan makan, jangan makan semua sekali, nanti anak cucu kita tak ada apa nak dimakan, biarkanlah mereka disitu, menunjukkan kepandaian atau kebodohan...hohohoho" gelak tok ketua singa.

"Biarlah kancil-kancil itu bercakaran, kalau ada peluang, seekor-seekor kita akan pijak, kalau boleh kita pijak semua sekali, nanti anak cucu kita dapat banyak makanan, tak perlu kongsi dengan kancil-kancil tu, biarkanlah mereka disitu, menunjukkan kepandaian atau kebodohan...hong hong hong" gelak kapten gajah.

Kancil-kancil yang mengaku bijak...berterusan mendapatkan wilayah. Singa dan gajah juga yang akan kenyang...


p/s: Ada seekor Helang besar beterbangan diangkasa raya. Memerhati dari atas. Baik si kancil, si singa atau si gajah nie mati, helang pun akan kenyang. Helang-helang ini jugak tau banyak perkara kerana ia berada di altitud yang tinggi. Bodoh betul kancil-kancil nie...bodoh!!!


Blog Widget by LinkWithin