Pengikut Awan

Saturday, February 20, 2010

Bercatu-catulah kamu...

Kluang tiada air!!! Empangannya surut. Bekalan air terpaksa di catu.

Apakan daya...hujan tak turun. Tahun 2006 dulu, Johor banjir besar. Sekarang pula kekurangan air. Air yang ada pun didakwa mempunyai kandungan ammonia yang tinggi dan mengambil masa untuk dirawat.

Maka air mineral menjadi amat famous buat sementara ini. Nak lagi berkhasiat...belilah ECPI buat mandi...

Jadual Catuan Air Daerah Kluang


p/s: Maka menurut firasat Pak Belalang...kadar kelahiran bayi pada bulan November 2010 akan menurun di Daerah Kluang.

Saturday, February 13, 2010

Harimau...mengaumlah...!!!


Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai


Kepada semua rerakan berbangsa Tionghua yang mungkin ada melawat-lawat di sini. Kepada rerakan berbangsa lain...selamat bercuti lerr...

Mengenangkan tahun ini adalah Tahun Harimau, diharapkan agar kesemuanya berjalan dengan gagah dan perkasa sekali tahun ini. Penjejak Awan sendiri dilahirkan pada Tahun Harimau.

Akan tetapi, Tahun Harimau bukanlah tahun terbaik menurut sejarah negara kita. Siapa ada jumpa syiling yang bertarikh 1974? Memang tak akan jumpa sampai bila-bila... Ini kerana pada tahun tersebut, negara di zaman inflasi dan berlaku krisis harga minyak dunia.

12 tahun kemudian iaitu pada tahun 1986, ekonomi negara jatuh akibat kejatuhan harga komoditi. Dan pada tahun 1998 berlaku pula krisis kewangan di negara-negara Asia iaitu paling teruk hinggakan amat sukar mendapat peluang pekerjaan pada masa tersebut.

Rentetan peristiwa kurang sedap didengar pada tahun-tahun Harimau, diharapkan kita akan lebih berdaya maju, beringat-ingat, berbelanja apa yang patut dan berharap agar harga barangan dan perkhidmatan tidaklah melambung lagi pada tahun ini.

Dan untuk Piala Dunia Bolasepak tahun ini yang bakal berlangsung di Afrika Selatan, senarai juara pada tahun Harimau adalah seperti berikut:

1938 - Italy (Eropah)
1950 - Uruguay (Amerika Selatan)
1962 - Brazil (Amerika Selatan)
1974 - Germany (Eropah)
1986 - Argentina (Amerika Selatan)
1998 - Perancis (Eropah)
2010 - ????

Apa ramalan anda?


p/s: Harimau pun banyak dah duduk dan tinggal dalam zoo. Makan dah ditanggung. Dok melepak jerlah kerjanya. Tak yah lari-lari...bermalas-malasan jerlah

Friday, February 5, 2010

Postor postor...

Dalam Facebook agak 'kecoh' tentang group TIDAK!!!SAYA X AKAN MEMBAYAR $3.99/SEBULAN KPD FACEBOOK MULAI 9 JULAI 2010.

Entah ya, entah tidak ruang sembang sosial itu nak dikenakan bayaran. Kalau $3.99 maknanya dalam Ringit Malaysia dalam sekitar RM12.00!!!

Dunia perhubungan makin berubah dari zaman ke zaman. Zaman moyang kepada moyang kepada moyang kita dulu (aku just mention di Malaysia) entah bagaimana mereka berhubung agaknya. Zaman berubah dan wujud pula sistem pos. Orang tua-tua dulu kala berhubung menggunakan surat, poskad atau telegram. Kekadang sanggup menapak berbatu-batu untuk pergi ke pejabat pos. Di hari perayaan, beratus-ratus malah beribu-ribu keping kad ucapan terpaksa disisihkan mengikut poskod negeri dan daerah, supaya penerimanya bergembira menerima ucapan dari rerakan, kaum keluarga atau yang tersayang.

Zaman berubah lagi dengan wujudnya telefon, handphone, sistem pesanan ringkas, kemudian MMS. Itu belum lagi dengan wujudnya e-mail, YM dan tersohor sekarang Facebook. Perhubungan jadi begitu mudah. Tak perlu mengarang surat lagi. Kat tv pun dah takder scene pelakon meniarap atas katil, menulis surat berkali-kali dan jika tersilap, kertas direnyuk dan dicampak ke lantai....bertaburan.

Akan tetapi, masih ada ibubapa (yang lahir 60-an kebawah) yang masih terkial-kial dan tak memahami penggunaan sms dan media elektronik yang lain. Mereka biasa dengan penggunaan surat yang dimulai dengan 'Menemui ibunda' atau 'Menemui ayahanda'...


Siapakah yang ditimpa kesan dengan perubahan ini?...Jawapannya Pejabat Pos. Tanyalah diri sendiri bila kali terakhir kita ke pejabat pos? Kali terakhir aku menghantar ikan terubuk masin pada pelanggan pada bulan lepas, itu pun di kaunter Poslaju yang berada di bilik yang lain dari ruang utamanya (ooops! terpromote pulak). Jarang-jarang bukan untuk ke sana? Dengan wujudnya media elektronik sebagai medium perhubungan, fungsi pejabat pos semakin lama semakin hampir pasti dilupakan. Sekarang pun pengisian kemasukan ke universiti dibuat secara online, tidak lagi perlu mengisi borang UPU dan menghantarnya ke dalam peti surat.

Pejabat pos telah berubah fungsi. Sekarang kita boleh membayar bil dan re-new lesen memandu di sana. Terima kasih kepada syarikat-syarikat dan JPJ yang sudi menggunakan pejabat pos sebagai tempat pembayaran. Tetapi jika diperhati, Kedai Celcom atau Kedai TM juga dah boleh kita buat pembayaran bil Astro. Pejabat Pos juga ada perkhidmatan Poslaju, tetapi saingan daripada perkhidmatan penghantaran ekspress lain semakin mendapat sambutan. Apa lagi yang ada pada pejabat pos? Mat despatch pun menjalankan tugas saling tak tumpah seperti abang-abang posmen.


Adakah penjualan setem satu-satunya perkhidmatan yang unik di pejabat pos? Bagaimana kita membayar gaji kerani-kerani pos jika dengan hanya membeli setem 30 sen? Aku tak paham bagaimana ianya berfungsi...

p/s: Mungkin Pejabat Pos perlu di re-branding. Ruangan ber'aircond', kerusi moden, TV LCD di dinding dan kerani-kerani di 're-design' ala-ala pramugari penerbangan Malaysia.

Wednesday, February 3, 2010

Tanda tangan yang asli...

Hmmm...stress manjang...

Minggu-minggu yang stress...terlalu banyak yang stress...Ianya boleh membuatkan kita kurang berselera nak makan, pening kepala, tak cukup tidur dan turun berat badan.Tapi bila aku stress, non of the above yang terkena kat aku. Cuma perubahan emosi yang boleh berlaku tetiba. Kekadang dalam tempoh 5 minit, aku akan gelak dan minit yang ke-6 aku meracau-racau...

Nak release sikit. Nak buat pentas Rajalawak sendiri kat sini. Mungkin tak sehebat Sepah, Nabil dan Abang Kassim Pon....Pon...!

Dua minggu lepas, aku dan team aku ditugaskan buat assignment untuk bertemu companys stakeholders. So, salah satu tugasan itu memerlukan kami bertemu dengan orang Asli di negeri Pahang. Banyak jugak maklumat yang diperolehi dari tok batin di sana. Gaya tok batin bercakap pun dah macam ahli politik. Bersungguh-sungguh beliau menjawab dan menerangkan setiap kali kami mengajukan soalan.

(Gambar ini macam takder kaitan dengan entry kali ini...sajer nak tunjuk foto Sg. Pahang dari sebelah Hotel Mega View)

Kami juga menemuramah beberapa orang Asli di perkampungan tersebut. Mereka ada diantaranya yang agak-agak pemalu, walaupun mereka berbaju dan berseluar.

Selesai projek kami di perkampungan tersebut, kami perlu berjumpa semula dengan tok batin dirumahnya. Yalah, adat dan tata susila kena laa jaga. Takkan main blah gitu jer. So kami perlu dapatkan tanda tangan tok batin dalam dokumentasi kami.

"Tok Batin, boleh tak kami mintak tanda tangan Tok Batin di sini?", seorang rakan ku bertanya sambil menunjukkan borang yang perlu di tandatangani.

"Ohhh...boleh boleh...tak jadi masalah, biasa orang datang melawat kampung nie. Orang kerajaan pun sesekali datang. Kadang nak tengok kampung, kadang nak tengok sempadan hutan. Mana aku nak tulis nih?", jawab tok batin. Pelik sikit cara dia jawab. Aku pun tak paham...macam mana orang mintak tanda tangan tapi dia boleh cakap benda-benda yang tak ada kena mengena dengan soalan? Aku macam nak terpelanting jer dengan gaya jawapan tok batin tu.

"Ok...sain sini", rakan aku menghulurkan kertas dan pen dan menunjukkan tempat yang perlu di sain.

Punya laa detail dan tekun tok batin nak sain. Agak lama jugak. Bukanlah lama tu sampai beberapa minit atau jam, cuma lebih lama daripada tandatangan orang biasa.

"Dah!, nanti datang lagi sini yer..", sengih tok batin sambil hulur borang tersebut.

Lepas bersalam-salaman, kami menaiki Hilux dan beredar dari kampung tersebut.

Dalam kereta, kami ketawa sampai airmata kami berkumpul dalam kereta dan penuh sampai paras lutut.

Kawan ku sorang sedang memegang borang tadi...menekup muka dan ketawa. Aku jugak macam tu...

Kalau korang dapat tengoklah borang tersebut...

di bahagian tanda tangan tok batin tu...

dia tulis..

TANDA TANGAN

p/s: Jangan kata orang asli tak pandai menulis. Mereka pandai menulis dan mereka sangat jujur...hehehehe

Blog Widget by LinkWithin