Pengikut Awan

Monday, September 7, 2009

Tanya Sama Hati...

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan, apa nan dikenang
Bila difahamkan...
Itulah sayang....


Walau dah berkali-kali ditonton, filem Anakku Sazali banyak memberi kesan yang amat mendalam. Kesan mendalam kepada mereka yang punya jiwa dan hati. Yang dah keras macam batu, bak disimbah air ke daun keladi...

Hassan (Bapa Sazali), telah memberi contoh kegagalan institusi ketua keluarga dalam mendidik anak-anak. Hassan terlalu manjakan anaknya. Hassan sedari kecil membela kesalahan anaknya. Hassan sedari kecil anaknya, hanya 'menampar' anaknya dengan tamparan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Hassan...sebenarnya ramai dikalangan orang kita...

Aku tidak menyalahkan mereka-mereka yang bernama Hassan. Kerana ada ramai Hassan yang baik....seperti Sarjan Hassan. Tetapi ada juga Hassan Si Pencuri...

Anak-anak sekarang, ramai dah menjadi Sazali. Kurang ajar, biadap, tidak hormat orang tua dan macam-macam lagi. Berlagak dengan motor hasil keringat bapak. Berpoya-poya hasil titik peluh bapak. Dan kekadang tidak segan silu berkepit-kepit dengan anak dara orang. Nak membeli di pasar ramadhan pun berpimpin tangan. Bulan-bulan puasa ni kalau dah pegang tangan lelama, sah-sah batal dah puasa mereka tu. Tak percaya? Tanyalah lelaki normal...kalau tanya lelaki paranormal memang tak 'keluar' apa-apa kot. Maaflah kalau ayat aku nie ada unsur kelucahan melampau. Tapi itulah hakikat.

"Bapaklah yang bersalah dalam hal ini..!!!"


Yang pompuan-pompuan tu pun satu. Ramai yang aku tengok cun melecun tapi sanggup di'heret' lelaki yang muka macam pekerja arang batu sedangkan baru tingkatan satu. Ada jugak lerr yang dah tingkatan lima...tapi tahukah saudari-saudari sekelian bahawa seluar dalam jantan tu masih lagi dibeli dengan duit mak bapak diaorang. Nak bercouple pun cari laa yang dah berduit sendiri. Tak kemana bercinta dengan orang yang belum tentu ada masa depan atau tidak. Lain ler jantan tu anak orang kaya, gasak korang lerr...kikis lerr bebanyak. Tu dah memang rezeki korang...

p/s: Aku dulu pun jahat jugak. Tapi aku belajar dari kesilapan. Diharap korang pun bolehlah berubah. Study dulu sampai oversea...jangan jadi Sazali

Friday, September 4, 2009

Riang ria Ramadhan...

Sendal gusi...lawak masjid laa kita di hari Jumaat di bulan Ramadhan ini...Kosongkan minda yang serabut dengan masalah dunia dan penghuninya...

klik gambar untuk besarkan

Semoga anda semua tergelak, tersengih dan tersenyum... Aku rasakan ianya cukup memadai buat anda semua yang melawat Penjejak Awan pada hari ini, 4hb September 2009, hari ulangtahun kelahiran ku yang ke-35...

p/s: Terima kasih kepada emak yang bersusah payah melahirkan aku, mendokong aku, dan menyediakan susu dikala orang lain sedap tidur. Pengorbanan itu tak dapat ku rasai...sebab aku dilahirkan lelaki.

Thursday, September 3, 2009

Jalur yang hilang...

Sunyi...senyap...sepi...

Mungkin sebab bulan Ramadhan. Atau mungkin sebab terlalu memikirkan lauk berbuka. Atau sesetengah orang memikirkan berapa gaji aku dapat raya nanti. Atau mungkin berasakan motor kapcainya belum cukup laju. Atau teruk memikirkan bagaimana nak kumpul duit nak beli i-phone atau kamera SLR atau laptop berwindow Vista.

Atau ada golongan yang memikirkan bagaimana nak menang jawatan, bagaimana nak rampas negeri, bagaimana nak menjatuhkan si polan. Bagaimana nak memalukan si polan. Apakah taktik terbaik untuk aku kekal dengan jawatan, apakah cara terbaik dengan kekalkan jawatan ini, aku mampu memiliki wang yang banyak, aset yang menimbun dan perempuan-perempuan yang putih gebu. Bagaimana caranya untuk aku menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus rakyat tak beralih undi...

Ditengah-tengah kesibukan ini, sibuk dengan agenda diri sendiri...POOOOOOOOM..!!! diseberang...bendera kita dibakar. Dibakar sejurus kita menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Dibakar kerana didapati kita telah mengambil tarian mereka dan mempromosikannya sebagai tarian kita. Mungkin ini sebab yang remeh, mungkin kerana marah yang dulu-dulu yang belum bisa mereka lupakan. Kes-kes penderaan orang gaji, isu pendatang tanpa izin dan macam-macam lagi. Mungkin...

DAN....!!!

Perhatikan orang kita...perhatikan orang yang duduk sebelah kanan, sebelah kiri, yang berdiri di LRT, yang muka pure melayu berbaju MU, yang belum berlesen membawa motor laju, yang mencantumkan bendera Malaysia dengan nombor satu...

Apa yang berlaku?...Tiada apa bukan? Semua buat tak tahu atau diam membisu atau engkau engkau aku aku...mungkin siarannya di berita tidak lebih 1 minit dan tak berulang-ulang sebagaimana isu warga sendiri. Kelemahan warga sendiri perlu diulang tayang dan dibiarkan supaya kita benci orang kita sendiri. Dan kadang-kadang orang yang mempunyai agama yang sama. Dan akhirnya, kita dan keluarga kita yang sebulan lebih melekatkan bendera pada kereta buatan Jepun hanya mampu melihat bendera kita dibakar di negara orang sambil kita terus mendownload lagu 'Andai Ku Tahu' nyanyian kumpulan Ungu. Atau ada yang melempang dan menerajang anak kecil yang ingin melihat rancangan Tom Tom Bak kerana ibunya ingin melihat sambungan cerita Sinetron dari seberang. Dan sibuk nak ambik tahu kisah Kris Dayanti bercerai dengan Anang...

Kita hidup aman kerana datuk nenek kita dulu tak berperang. Kita tak kenal erti susah. Kita takut nak bakar bendera orang sebab takut. Kita terlalu penakut... kita hanya berani dengan orang yang kecil, kurus, muda dan minoriti.

terajang Pictures, Images and Photos

p/s: Mat Rempit dan mamat MU giler baban kutuk aku dulu-dulu. Ni orang seberang dah bakar Jalur Gemilang korang buat apa? Ohh...kena senyap ler... kalau mengaruk nanti tak berpeluang pulak nak dapat permit konvoi atau MU tak nak main kat sini lagi...oooo...itu lebih penting rupanya.

Wednesday, September 2, 2009

RON95 vs. RON97...

Kalau harga minyak naik, apa yang turun? Hahaha...teka-teki yang agak pahit didengar dek telinga. Samada ia sindiran sinis atau sekadar lawak jenaka..entahlah.

Umum mengetahui, setelah selesai majlis sambutan kemerdekaan ke-52 yang tak berapa meriah sebab tak ada kereta berhias dan kereta kebal tu, maka kita menyambut 1 September dengan minyak baru...RON95 yang berharga RM1.80. Minyak lama yang sebelum ini kita panggil minyak 'baru' atau RON97 dah naik 20 sen ke RM2.05. (Patutlah takdak kereta berhias, kereta kebal semua...rupa-rupanya depa pi isik minyak awai-awai...full tank).

Banyak isu disini. Adakah RON95 boleh dipakai atau tidak? Enjin rosak atau tidak. Hmm...ada banyak info boleh didapati di blog-blog yang memasukkan entri kedua-dua RON nie. Disini, eloklah aku masukkan terus jenis2 kenderaan yang sesuai atau tidak sesuai dengan kedua-dua RON ini agar lebih mudah. Anda lihatlah sendiri jenis kereta yang anda pakai.



Klik untuk besarkan list

Sumber: Malaysian Motor Trader News

"The proposed new grade of RON95 is, nevertheless, a good compromise and should be fine for the majority of cars on Malaysian roads. This grade has been a popular one with Japanese manufacturers, possibly because in Japan, their Regular grade has been RON95 for a long time."

Perhatikan...kereta-kereta keluaran Proton dan Produa yang banyak dijalan raya termasuk didalam golongan kenderaan yang boleh menggunakan RON95.

"Will an engine which has been running on RON97 be damaged when it is switched to RON95?

Using a petrol with a lower RON may or may not cause harm to the engine. If in doubt, it is best to refer to the Owner’s Manual for the recommendation by the manufacturer of the vehicle model or, in some cases, check the label which is stuck on the back of the fuel filler lid which will indicate the minimum octane required."


Jadi yang penting sekali, jika anda ragu-ragu, silalah rujuk kepada buku Manual kenderaan anda atau anda boleh refer pada penutup minyak kenderaan anda (jika ada) atau anda tanyakan pengeluar. Tapi perlu diingat, yang paling selamat adalah menggunakan RON yang lebih tinggi dan bukan yang lebih rendah jika sekiranya anda tersepit antara dilema RON ini.


Kereta-kereta berprestasi tinggi seperti Civic Type-R, Swift Sport dan Lancer Evo memerlukan kadar octane yang tinggi. Jadi sebelum balik kampung, isi lerr minyak penuh dan standby minyak buat spare, manalah tau kat kampung tak jual RON98 sebab tak ramai orang pakai kereta tu.

p/s: Lepas nie buat ler pulak sistem harga barang runcit. Siapa yang pakai RON95 dapat harga murah, yang pakai RON97 bagi harga mahal. Maklumlah...kalau minyak naik, darah panglima pun mendidih-didih naik sebab harga garam dan kemenyan jugak musti naik!!! Tu sapa nak control? atau "ianya diluar bidang kuasa kami"

Blog Widget by LinkWithin