Pengikut Awan

Friday, August 21, 2009

Sengaja aku puasa atau sahaja...?

Bulan berlapar dah tiba lagi. Umat Muslim akan menahan lapar dan dahaga serta dugaan-dugaan lain. Istilah puasa yang yok, lada terselit kat gigi, sendawa ditengahari buta akan mula kedengaran.

Surau-surau pun dah mula sibuk membeli lampu kalimantang baru. Sejak setahun lalu lampu-lampu tu tak bertukar. Kadang yang menyala cuma bahagian imam dan saf yang pertama.

Yang kaki niaga dah start memasang gerai. Target boleh raya sakan Syawal nanti. Harga makanan kat pasar ramadhan??? Dah macam makan kat hotel. Lebih afdhal kalau berbuka dengan air milo dan kurma semasa azan maghrib dan kemudian pekena nasi paprik dengan teh o suam selepas solat kat restoran ala thai. Harga makanan kat restoran tak berubah samada ramadhan atau bulan-bulan yang lain.

Mak bapak pula akan berkira-kira untuk 30 hari yang mendatang. Iaitu menjelang 1 Syawal. Baju anak-anak, langsir, kasut dan duit raya. Semua perlu dikira dan dipastikan lebih hebat dari jiran-jiran. Mulalah jugak peperangan dalam rumahtangga mengenai kampung mana perlu balik tahun ini. Yang baru kawin, gaduhnya agak senyap...kadang-kadang melalui sms jer...tapi yang dah lama kawin, yang pinggang bini dah lebih bidang dari bahu, gaduhnya agak hebat.

Rumah anak yatim dibulan begini, mewah dengan KFC, sate, aiskrim dan artis. Kadang-kadang dapat makan free sampai sahur. Tapi biasanya bukan 30 hari dalam ramadhan mereka dapat makan sedap macam tu. Mungkin sekali sahaja dalam bulan ni. Nak jumpa artis yang sama tahun depan pun lom tentu. Yelah...artis tu bukan duta rumah anak yatim tapi duta kosmetik atau kopi.

Hmm... itulah senario bulan Ramadhan. Saban tahun ia berulang-ulang. Tanpa seorang pun mampu mengubahnya. Nawaitunya hanya pada keinginan atau nafsu untuk kaya, untuk bermegah, untuk glamour....dan objektif Ramadhan sebenarnya tak pernah tercapai...

Yang dapat...itupun kalaulah dapat...hanya lapar dan dahaga dan sesetengah tu lapar rokok...

Selamat Berpuasa Cara Orang Kita...

p/s: Tahun nie masihkah orang membeli-belah di kedai kain Tangkak? Dengarnya ada yang meninggal kena H1N1 kat area tu... Orang kita masih tak sama dengan orang-orang yang dah maju... Sebelum nie, tiap-tiap hari dilaporkan tentang mangsa yang dijangkiti, orang-orang kita berjalan tak tutup mulut. Sekarang ni purata 2 kematian sehari, pun masih tak pakai jugak???

Monday, August 17, 2009

Dunia ini tidak rata...

"Mana boleh...susah ler nak buat"

"Ko ni bagi idea merepek jer...tak logik langsung!"

Seringkali kalimah-kalimah ini kita dengar bila seseorang memberikan cadangan atau pandangan tentang sesuatu perkara. Atau bila kita cadangkan supaya sesuatu itu kita buat menjadi lebih baik. Atau bila kita bagi idea yang menjangkau pemikiran manusia lain.

Biasalah...lebih-lebih lagi orang kita. Selalu benar mengatakan ini tak boleh buat, itu tak masuk akal. Ada saja yang tak kena. sedangkan sejak zaman nenek moyang telah wujud frasa 'Belum cuba belum tahu'. Kekadang tu, dicubanya pun belum tapi dah bagi kesimpulan.

Aku tertarik dengan satu frasa yang mengatakan:

"Those day, people think that the world is flat. But after sometimes, they discover that the world was round shape."

Gunalah ayat ini kepada mereka yang suka sangat bagi alasan tak nak buat. Biar mereka fikir. Tapi kalau dah memang spesis malas nak berfikir, maka frasa ini tak memberi apa-apa makna pun.

Menurut sejarah, sejak berjuta-juta tahun dulu, manusia berpendapat yang dunia ini rata (flat), tetapi apabila Christopher Columbus melakukan pelayarannya, maka teori dunia ini rata adalah salah sama sekali. Beliau berusaha dan akhirnya mencatatkan diri sebagai manusia yang menyangkal teori sejak berjuta-juta tahun dulu. Kerana apa? Kerana dia sanggup berlayar dan sanggup meredah tentang apa yang dianggap mengarut pada waktu itu. Sedang yang berada di daratan hanya duduk, makan dan berak ditempatnya tanpa mahu bekerja lebih merubah kehidupan.

Inilah bezanya manusia dengan manusia. Yang ramai hanya suka 'copy dan paste' sahaja. Tak mahu langsung berfikir jauh. Bila tengok iklan Bio Aura, kita gelak dan buat lawak. Tapi yang gelak-gelak tu kebanyakannya hanya melengkar depan tv, berkain sarung tanpa baju dan mempunyai kipas siling yang berbunyi ketuk ketak ketuk ketak...ada kereta pun entah kereta second hand atau dah one hundred hand. Masih terperosok dalam kategori semekin.

p/s: Kesal jugak apabila frasa Malaysia Boleh tu dibuat bahan lawak. Tapi bila difikir-fikir, ramai yang apabila disuruh, pantas menjawab 'Boleh'. Tapi tunggu dekat setahun pun tak siap-siap. 'Boleh' tu sekadar cakap je ker?

Sunday, August 9, 2009

Akulah Raja SMS...

Zaman dulu...telefon adalah alat perhubungan paling canggih pernah dicipta. Waktu itu, rumah-rumah yang dilabelkan sebagai 'orang kaya' sahaja mampu memilikinya.

Sekarang, anak-anak muda seperti mat rempit pun sudah mampu memilikinya. Kekadang sampai tahap handphone 3G. Ini belum dikira lagi bebudak sekolah tahun satu atau mungkin tahap budak tadika pun sudah pandai bergaya mengepit handphone.

Oleh kerana penggunanya makin banyak dan modelnya juga dah semakin canggih, maka perhubungan pada zaman ini semudah ABC. Lebih tepat yang ingin aku sampaikan adalah perhubungan dihujung jari atau SMS.

Aku lebih dikenali sebagai Raja SMS dikalangan sahabat terdekat. Kerana peratusan penggunaan SMS aku berbanding dengan Voice call adalah sebanyak 90 peratus atau lebih. Jarang aku ingin berkomunikasi menggunakan suara, bukan kedekut atau tiada kredit kerana aku adalah agen top up MyMode. Aku lebih selesa berSMS kerana dalam kepala aku ini, aku memikirkan kesibukan dan kepayahan mereka. Mungkin mereka sedang bermesyuarat, memandu, dalam jamban atau tengah tak ader mood. Voice call hanya aku buat kepada talian tetap sahaja. Jadi, dgn SMS, mereka ini boleh menjawabnya pada masa yang mereka free. Kekadang ada jugak aku terima jawapan untuk soalan aku semalam. Hahahaha...biasalah tu.


Cuma kekadang aku agak terkilan dengan sesetengah gelagat. SMSku tak berjawab hingga berminit-minit atau berjam-jam atau berhari-hari atau berminggu-minggu dan paling teruk aku masih tunggu jawapan SMS 3 tahun lepas. Hmmm...mungkin mereka ada masalah atau sibuk atau kredit habis...entah lerr... apalah salahnya kalau mereka boleh jawab 'Aku busy' atau 'AQ BZ' atau kalau dah tahap malas just type 'BZ' dan sewajarnya aku akan sedia paham. Atau mungkinkah kerana mengSMS aku, membuatkan kredit mereka cepat habis? Pada aku, duit tidaklah sepenting sahabat. Duit kalau hilang kita boleh curik duit orang lain, tapi bolehkah kita sewenang-wenangnya mencuri sahabat orang lain sedangkan orang itu tidak kita kenali? Lagipun aku agen MyMode, kalau nak aku top upkan kredit mereka pun aku mampu. Tak ada bezanya dengan belanja segelas teh tarik dan top upkan kredit kengkawan. Yang penting belanja ikhlas.

Ada jugak aku terima SMS kalau tujuannya hanya kerana duit. Mungkin anda kurang faham. Biar aku terangkan, biasanya menjelang hari raya atau tahun baru aku akan hantar wish pada semua nombor yang ada dalam handphone aku nie...kira macam send to all lerr...dan biasanya hanya beberapa kerat sahaja yang reply. Kekadang ada yg forward balik mesej yang aku hantar. Tak kisahlah tu. Yang selebihnya tak hingin nak membalas. Akan tetapi, jika ada perkara yang mengkehendakkan aku membayar sejumlah harga, tak kiralah untuk makan ker atau untuk games ker, maka nombor-nombor yang jarang masuk handphone aku nie akan berbunyi. Kenapa yer? adakah berkawan itu perlukan wang ringgit? Atau sebenarnya aku ini kurang KL Style?

p/s: Masih guna N95 sedangkan dah ada N97...ketinggalan zaman betol lerr aku nie

Saturday, August 1, 2009

Malam kelam...

Malam yang agak tepu. Agak terasa kebosanan. Sambil-sambil menunggu result 'Seribu di Sinar' dan menunggu 'I Survive A Japanese Game Show' aku mengambil-ngambil gambar sekitar ruang.

Kali ni saja aku nak memenuhkan entry dengan perkara yang agak rileks. Tak perlu bersatira, tak perlu merenung dalam-dalam...just membuang masa yang tidak berkualiti. Rileks-rileks kerana tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum certification audit kat company aku.

Ni workstation aku malam-malam

Ni kira latest collection laa dari Petronas. Dulu sibuk isi minyak kat Shell untuk kereta-kereta Ferrari

Ni lepas diaorang?(diarobot) transform


Dan akhirnya Juara 'Seribu di Sinar' adalah Isabella dari kumpulan Search. Dacy pulak terkeluar dari 'I Survive A Japanese Game Show'.

p/s: Memang bodoh giler. Tak ada kematangan langsung entri kali ini. Symptom stress kah ini?

Blog Widget by LinkWithin