Pengikut Awan

Friday, July 3, 2009

Kembalikan darjat mereka...

Pernahkah anda melawat pertunjukan sarkis? Mungkin pernah dan ramai yang hanya dapat menyaksikannya di kaca tv sahaja. Zaman 80an dulu, tayangan sarkis adalah wajib pada setiap pagi hari raya.



Disetiap acara sarkis, pastinya anda tidak ketinggalan menyaksikan persembahan singa. Kadang-kadang seekor dan kekadang berkumpulan. Ada seorang instructor ditengah kandang persembahan memberikan arahan pada singa-singa tersebut. Biasanya ada cemeti ditangannya untuk mengawal pergerakan singa-singa yang merbahaya itu. Seakan singa-singa itu amat patuh dengan penjaganya dan sesekali akan kita lihat cemeti itu disebat ke lantai atau tubuh singa yang mungkin kurang mendengar kata.

Itulah kehebatan cemeti. Singa yang ganas, patuh pada arahan. Bukan untuk menyiksa, tetapi sebagai objek yang boleh mendisiplin dan menjinakkan haiwan yang dianggap raja itu.

Soalnya...itu kepada singa. Bagaimana dengan anak-anak manusia. Sudah agak muak mendengar orang menceritakan kisah dulu-dulu. Murid-murid dulu. Ya...orang-orang dulu amat takut dengan rotan yang terselit dicelah ketiak guru. Amat takut sekali tidak menyiapkan kerja rumah kerana tahu balasannya adalah 'seliang' rotan di tapak tangan. Kadang-kadang pada perhimpunan isnin, punggung ditadah untuk menerima 'asakan' rotan.

Hasilnya, dulu murid-murid agak mendengar kata. Walau bodoh bangang sekalipun disekolah, guru-guru akan dihormati. Kalau merokok pun, kena curi-curi di dalam kebun getah.


Sekarang...rotan telah hilang dari ketiak guru-guru. Murid-murid sudah mula menjadi singa dirimba. Kalau guru terjatuh buku, murid-murid hanya berlalu. Disesetengah tempat, pagar sekolah adalah sempadan antara pendidikan dan hidup sosial hingga kita boleh melihat pelajar yang masih berseragam, menunggu bas sekolah untuk balik, sempat sepam dua (merokok lerr...). Kekadang pondok bas tu dengan pagar sekolah hanya dipisahkan oleh longkang yang kecil. Guru-guru yang keluar masuk dengan Gen-2 atau MyVi hanya mampu melihat sahaja.

Sepertimana undang-undang jalan raya, jika kita melanggar pelajar melintas jalan, maka lesen memandu akan digantung. Begitulah bebudak sekarang...sekali guru mengenakan tindakan disiplin pada mereka, maka mereka tahu bahawa 'lesen perguruan' guru mereka itu juga boleh digantung. Betapa besar 'kuasa' pelajar ini diberikan oleh kita.

Dan jikalah pihak sekolah berjaya memberhentikan pelajar bermasalah ini dari bersekolah, ianya takkan lama, mungkin sekolah yang sama akan menerima mereka semula...dan kemasukan mereka itu dapatlah 'mengizinkan' mereka untuk membalas dendam pada guru-guru. Harap-haraplah semua guru diberikan insuran nyawa secara percuma selepas ini...

p/s: Yang kita sibuk sekarang samada nak ajar dalam bahasa inggeris atau tidak? Kalau bebudak yang ada pun ramai yang malas nak belajar walaupun dalam bahasa malaysia, buat apa laa nak di panjang-panjangkan lagi isu ini. Kelas tuisyen kan ada...Budak-budak jahat yang ada disekolah pun cuma tau f**k, s***t, a**h*le jer. Itupun diaorang rajin menulis kat kereta-kereta cikgu.

Monday, June 29, 2009

Prihatin...

Menteri terkejut persekitaran kuarters Cheras kotor, semak

KUALA LUMPUR: Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang membuat lawatan kerja ke kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 2 1/2 Jalan Cheras di sini semalam, terkejut apabila melihat kediaman kakitangan jabatan itu serba kekurangan, berkeadaan usang dan saiz lebih kecil daripada rumah kos rendah.

Shaziman juga tidak berpuas hati dengan persekitaran kuarters berkenaan yang membabitkan laluan antara tiga blok itu kerana kotor dengan longkang tersumbat, semak dan boleh menjadi sarang ular serta tikus.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan JKR Wilayah Persekutuan mengambil langkah segera membersihkan sekitar kuarters terbabit supaya selamat diami sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Saya kagum kemajuan Kementerian Kerja Raya membina bangunan tinggi dan jalan yang hebat. Jadi, kita nak tahu juga bagaimana tempat tinggal kakitangan bawahan yang juga keluarga saya (Kementerian Kerjaraya).

"Jadi, untuk mengenali mereka lebih dekat, saya ambil sedikit masa meninjau kuarters kakitangan JKR di sini hari ini (semalam) dan saya dimaklumkan kuarters ini dibina sejak tahun 50-an dengan keluasan hanya 418 kaki persegi, lebih kecil daripada rumah kos rendah dan pada peringkat awal dibina dengan satu bilik.

"Yang jelas kuarters ini sudah tidak sesuai lagi didiami," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan kuarters berkenaan selama kira-kira sejam, semalam. Kuarters berkenaan didiami kira-kira 50 keluarga yang menempatkan kakitangan Kumpulan Sokongan Dua, terdiri daripada pekerja bahagian pertukangan, tukang cat dan pemandu.


Kesian pulak membaca kisah macam nie. Kadang-kadang kita pulak yang terlupa. Disebalik keindahan dan kemajuan yang kita pandang, rupa-rupanya mereka yang menguruskannya terpaksa berkorban. Kita menuntut rumah yang sempurna tapi ada yang terpaksa tinggal rumah yang tak ikut spec.

Maka tindakan Menteri amat bertepatan sekali. Sudah agak lama mereka terpaksa hidup begitu. Itulah pengorbanan yang tak ternilai mereka terhadap negara. Eloklah diutamakan rakyat negara dahulu. Sebab rakyat Bangla yang berhijrah ke sini pun dapat rumah banglow (cuma duduk ramai-ramai lerr....)

p/s: Elok jugalah Menteri yang jumpa dulu...jangan Bersamamu yang jumpa dulu. Satu Malaya nampak nanti.

Saturday, June 27, 2009

Yang Kuning-kuning tu....

Banyak juga promosi syarikat telekomunikasi yang ditayang dalam iklan-iklan tv sekarang nie. Yelah...kalau tak ada iklan, tak adalah siaran. Cuma kalau berlambak-lambak dengan iklan, rasa menyampah pulak.

Tertarik pada satu iklan dari syarikat telekomunikasi Digi yang terbaru. Digi Love. Memang Digi sinonim dengan orang kuningnya. Bulat-bulat dan kuning... Kalau bebudak kecik tengok orang kuning nie mulalah mereka akan menyebut "Bersamamu...!!!"

Iklan yang terbaru agak cute jugak. Yang mana tugas Digi Man untuk memastikan cinta tuannya diterima oleh kekasihnya. Tapi rupa-rupanya ada Digi Woman yang menghalang hubungan tersebut.

Tapi yang menariknya...Digi Man ada jugak laa hendak memakai cawat. Cawat ke lampin ke entah lerr...



Bagaimana pulak dengan Digi Woman?...sekadar mengikat pinggang jer? Ish...ish...ish...memang telanjang la tu.



p/s: Aku nie pengguna X-Pax 3G...Ada X ada Segalanya...

Friday, June 26, 2009

Rahsia Bola Hitam dan Bola Putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si
anak cuma bagitau, "Tak payah susah-susah la papa, belikan je saya bola hitam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola hitam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta-minta, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dengan bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu...


Kemudian si anak masuk Sekolah Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap-tiap petang dia cuma duduk-duduk je. Basikalnya disimpan di dlm stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "Anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda
macam kawan-kawan kamu? Apasal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram. Walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sekolah Menengah. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan-kawannya main permainan lain iaitu roller blade. Musim roller blade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat-sangat. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.

Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya."

"Haaah... si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali-kali ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelakinya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam dan bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.."Terima kasih banyak papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sekolah Menengah, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member-membernya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam dan bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah besar panjang, boleh berbincang.

Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dengan bola hitam dan bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal...Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam dan bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam dan sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam dan bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.

Sehingga aweknya juga turut bingung.Bukan ke dia ada Ferrari? Kenapa naik motoooooor jer... Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: Habis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dengan bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kepada si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola-bola tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang ditanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam dan bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam dan bola putih. Nak buat apa lagii...,fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya dihadapan awek anaknya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam dan bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit-bukau menaiki Ferrari untuk bersiar-siar. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!!

Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."Macam mana doktor, anak saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu-waktu terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. Sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...

Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "Mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam dan bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk...sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"Tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam-macam.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat..,"KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM DAN BOLA PUTIH ANAKKU...ADA APA DENGAN BOLA-BOLA ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampirtiba....

"Sebabnya ....saya...saya...saya...."

Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam dan bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape.

MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih...

p/s: Anakanda jangan marah...nanti anakanda akan kena jual.

Blog Widget by LinkWithin