Pengikut Awan

Tuesday, June 23, 2009

Cahaya Kasih

"Isteri orang ada emas berlian...isteri abang???"

"Isteri abang ada abang..."


Skrip yang aku rasakan cukup power!!! Sangat mendalam untuk difahami dan dicerap oleh segenap umat yang masih hidup sekarang ini. Di zaman wang adalah segalanya...kemewahan adalah yang terutama...dan bermegah-megah adalah cita-citanya.

Ya...skrip ini memang korang pernah dengar...dari drama Nur Kasih yang disiar di TV3 setiap Jumaat jam 9.00 malam. Bukanlah aku ini promoter TV3...cuma peminat kepada cerita terbaru ini. Dah bosan dengan cerita yang suka sangat menyebut duit berjuta-juta dalam skripnya, kisah orang yang kaya raya tapi pendengki...cheh...bosan...!!!



Aku melayari website promo Nur Kasih. Boleh tahan jugak. Walau cuma berlatar belakangkan kehidupan kampung dan sawah padi, tapi cukup menyejukkan mata. Teringat zaman kecik-kecik dulu. Kalau cikgu menyuruh kita melukis pemandangan kampung, maka yang ada mestilah rumah papan, kelapa sebatang, sawah padi dan dua tiga ekor burung kat kertas lukisan. Walaupun kampung sendiri tak ada sawah pun.

Walau apa pun, Penjejak Awan syorkan anda semua tonton jerlah cerita nie. Mungkin ceritanya agak berat...mungkin anda suka yang santai-santai macam drama Comel atau Bio-Nik (dah macam tiru Smallville pulak cerita Bio-Nik nih)...tapi apalah salahnya luangkan masa.

p/s: Kenapalah tak diulang tayang Seorang Tua Di Kaki Gunung atau Guru Yahya ke. Atau adaptasikan novel Jibam ke dalam tv. Atau Totto Chan Gadis Kecil Di Jendela.

Saturday, June 13, 2009

Jimat First...

Lama giler dah rasanya dah tak update. Busy betul dengan tugas-tugas yang bertimbun-timbun banyaknya.

Tak ada entri yang menarik pulak nak dimasukkan. Isu-isu negara rasanya dah basi kalau aku masukkan kat dalam ni. Hanya sempat menghela nafas yang panjang dengan masalah-masalah yang menimpa negara.

Memandangkan cuti sekolah nie ramai yang mengadakan kenduri kawin, maka sedikit renungan dan iktibar buat mereka yang baru jer melafazkan akad. Moga usia perkahwinan korang tidaklah sependek usia perkahwinan artis-artis yang kawin cuma untuk tidak digelar andartu, tapi lebih standard bila digelar janda...hehehehe






p/s: Haritu aku pegi kenduri kawin yang diadakan pada hari isnin. Hari isnin..??? Aku tanya bapak pengantin, yang juga bekas pekerja aku dulu "Naper buat kenduri hari isnin Pak Mat?". Dengan tersengih dia menjawab "Nak jimat kos Tuan...orang tak ramai yang datang, biorlah yang meriah kat umah menantu jer". Pak Mat memang bijak...

Tuesday, May 19, 2009

Anda tidak sendirian...sampai bila-bila

Liga Perdana Inggeris akan melabuhkan tirainya untuk musim 2008/2009 pada hujung minggu ini. Tahniah Liverpool kerana menduduki tangga kedua. Walau apa pun 'You'll Never Walk Alone'.

Apa yang menarik perhatian aku adalah pada perlawanan minggu lepas antara Liverpool dan West Brom yang berkesudahan Liverpool menang 2-0. Memang tampak tiada apa yang perlu dikejar. Jelas permainan nampak kurang bermaya hanya setelah Steven Gerrard menjaringkan gol pembukaan hasil kesilapan pemain pertahanan West Brom. Memang silap besarlah kalau melakukan kesilapan sebegitu di depan seorang yang bernama Steven Gerrard.

Tetapi pada hampir penghujung perlawanan, satu insiden dimana Liverpool cuba mempertahankan gawangnya, pemain bek kanan, Arbeloa berlanggar dengan bek tengah Carragher dan berlaku tolak-menolak dan perang mulut antara mereka. Agak kecoh juga bila pemain sesama sendiri bercakaran di padang. Ianya mungkin berpunca dari tindakan Arbeloa yang telah terkeluar posisi dan sepatutnya mengawal bahagian kanan pintu gol mereka. Kemudian berlari cuba mengeluarkan bola dan melanggar Carragher berdekatan tiang pintu gol.


Ramai yang mengkritik dan mengejek. Ada juga secara sinis merendah-rendahkan tindakan Rafa Benitez(pengurus) mempertahankan insiden tersebut. Ya...mungkin aku penyokong Liverpool 'Susah Mati' dan orang akan kata "Sebab tu team ko, memang ler ko sokong". Hmmm...bukanlah namanya penyokong setia kalau sibuk memuji pasukan lain.

Berbalik pada kes tadi, aku rasakan insiden itu cukup profesional. Liverpool tak akan menang liga tahun ni, itu adalah fakta. Tapi bermain bersungguh-sungguh seperti ianya adalah perlawanan akhir adalah satu sikap yang amat jarang kita lihat. Dan memang susah nak lihat komitmen sebegitu di liga tanahair atau pertandingan luar yang diwakili pemain kita. Mereka tak dapat apa-apa pun jika menang game tersebut, tetapi komitmen terhadap kerja yang mereka lakukan memang cukup menyentuh hati.


Biasanya apabila dilihat pasukan kebangsaan atau liga tempatan kita leading sesuatu game, tampak jelas kita rasa dah menang dan lebih suka menjadi defensive. Lepas tu kita kalah. Begitulah juga jika kita memang dah keluar dari saingan dan bermain dalam perlawanan terakhir sebagai pelengkap jadual, permainan memang longlai. Biasanya pemain bertaraf star direhatkan.(Star ke diaorang??? Bijirin Honey Star je kot?)

Kalau dah menjejak kaki di medan pertarungan, target mestilah satu dan hanya satu...iaitu MENANG. Biarpun dah terkeluar, tapi lawan tetap lawan!!! Contohilah Jamie Carragher...

p/s: Mungkin ada pemain bolasepak yang menerjah disini. Mungkin mereka memaki hamun dalam hati dengan entri aku ini. Kalau ditanya sorang-sorang pemain, rata-rata penyokong gila baban MU. Cheh...lepas tu nak jemput MU datang main sini...untuk memalukan diri-sendiri dan dapat perolehan dengan duit tiket. Baik lerr tampal poster team Korea atau Iraq kat loker masing-masing dulu. Loloskan ler diri dari Asia dulu...

Sesekali Ku Rasa Teringin...

Lama jugak tak ke sini. Dan lama jugak aku pendam dalam hati. Yelah...aku kan manusia, bukannya MyVi atau Exora. Bila dipikir-pikir dan dikenang-kenang...dah ramai yang hilang, dah ramai yang tertinggal. Entah kemana dan dimana silapnya, hanya tuhan yang tahu. Yang tinggal hanya sisa-sisa (maaf) yang sudi melekat. Kemana perginya mereka? Jika benar aku tersilap, aku sujud minta ampun. Dicelah-celah kemurungan, terdengar MP3 ini dari N95 aku...


Siapa Di Hatimu - Rahmat

Terasa bagai ditusuk sembilu bisa
Pedihnya entah bila akan terhenti
Berkasih di rimba asmara berapi
Terbakar hanya ku sendiri
Oh mengapa...

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Ke mana tumpah selaut harum kasturi
Apakah mungkin kan terulang kembali
Asyiknya cinta bagai dulu
Atau serapuhnya mimpi
Yang pulang pagi...

Semakin ingin aku lupakan
Dan semakin bayang wajahmu kan menjelma
Di manakah puncanya derita
Kusendiri tidak pasti.. sayang...

Siapa merebut seri cinta
Waktu aku buka jendela
Di keheningan pagi indah
Siapa sejambak mawar merah
Harum di kamar hatimu
Hingga diriku disingkirkan

Redup senja di kaki malam
Menghilangkan warna ilalang
Dan cinta kini bagaikan
Perkasihan mimpi...



p/s:hehehe...berjiwangan laa pulak. Sesekali...asyik bersatira jer ye tak. Nak jugak berdrama. Mana perginya Sifu Blog aku ni? Beliau gagal dihubungi...harap beliau sejahtera walau dimana dan apa jua yang diceburi. Amin...

Blog Widget by LinkWithin