Pengikut Awan

Tuesday, April 14, 2009

Berpesan-pesan...

Aku jumpa pengisian ni dalam kotak email lama-lama....sajer nak post kan kat sini untuk renungan bersama.

" Saling berpesan-pesan untuk ke arah kebaikan"

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

p/s: Wallahua'lam...mengingati mati tu baik...lebih-lebih lagi kalau dirasakan banyaknya dosa telah dipikul.

Friday, April 10, 2009

Kata Datuk...

Datuk Dr. Fadilah Kamsah pernah berkata:


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA.

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja(report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan...kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat...kita withdraw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki...nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungilah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...




"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Sunday, April 5, 2009

Kecil Tapi Kental...

Pagi minggu yang segar...agak sibuk hari ni. Semalam buat transformasi pada kereta. Full body kit terbaru. Hari ni cari bengkel cat dan ekzos. Tapi transformasi masih belum siap sepenuhnya. Agak popular pulak wording transformasi sekarang nie.


Belek-belek paper Berita Minggu hari ni, tertarik dengan cerita Firdaus, 20 tahun, di muka surat 4 bmdua. Terdetik rasa simpati tetapi bangga dengan keupayaan Firdaus. Disebalik kekurangan yang ada pada diri, tetapi pada usia 20 tahun telah berjaya memiliki kedai komputer sendiri, I-Tech Technology. Cuba kita selak-selak diari kita sendiri. Dengan tubuh kita yang normal, apa yang kita ada semasa usia kita 20 tahun? Ya..mungkin ada yang masih study..all right. Fair enough. Tapi cuba selak balik pada usia 25 tahun. Apa yang kita ada?...mungkin sebuah EX5 atau paling hebat pun Kancil.

Ok lah...sambung kisah Firdaus. Setelah tamat kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Pusat Giat Mara Segambut, beliau melalui waktu sukar dalam hidupnya. Beliau telah menempuh 11 temuduga tetapi gagal, oleh kerana keadaan fizikal beliau.

Tetapi berkat usaha yang tak kenal jemu, akhirnya beliau berjaya membuka kedai komputer beliau sendiri dengan memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM3000 sebulan. Mungkin ada yang sinis mengatakan bahawa kejayaan beliau hasil bantuan Pusat Giat Mara yang membantunya menyewa kedai dan peralatan, tetapi pedulik lah apa orang nak cakap. Dia orang yang mengata tu pun masih tak kemana. Masih teraba-raba mencari hala tuju hidup. Sebahagiannya lebih suka mencari tokan ganja...

Aku sedih melihat orang kita yang kurang normal, sukar mendapat kerja dalam negara sendiri. Kalau orang tu pendek, pekak, bisu, sumbing...tak layak untuk bekerja hatta untuk datang temuduga sekalipun, tidak akan dibenarkan.

Aku bekerja dengan industri yang banyak menggunakan pekerja asing. Mereka ini tak perlu duduk menghadiri temuduga. Apa yang ejen pekerjaan hantar, kita terima mereka bekerja. Selepas setahun bekerja dan bila diadakan pemeriksaan kesihatan, ramai yang terpaksa dihantar balik kerana Hypatatis B, Siplis, TB dan lain-lain. Tak apalah...mereka nie boleh dibayar gaji murah. Company boleh dapat untung lebih sikit. Orang kita dituduh terlalu meminta-minta. Logik laa sikit...orang kita kalau nak kawin perlukan RM12 ribu untuk menjayakan majlis. Tetapi kalau di Indon, duit kita RM1 ribu tu dah siap dengan lembu seekor, ayam 10 ekor, beras, khemah dan lain-lain persiapan perkahwinan.

p/s: Pernah kena tegur dengan Mat Bangla yang jadi jaga apartment kawan aku sebab salah parking. Siap tunjuk-tunjuk dengan cotar dan mencekak pinggang. Kita kena ikut cakap dia...walhal kita pernah nyanyi lagu yang ada lirik 'Negaraku....tanah tumpahnya darahku....'

Thursday, April 2, 2009

Mereka berlakon lagi...

Cerita ini berulang lagi...dan lagi...dan lagi...hipokrasi dan janji yang susah nak menjadi. Watak dan skrip tetap sama.



Kali nie pentasnya di tiga kawasan. Dua di semenanjung dan satu di Sarawak. Entah kenapa, menyampah pun ada, tapi mata tetap nak tengok kaca tv. Melihat mereka mengusap kepala kanak-kanak yang entah dah mandi ke belum. Duduk kat dapur yang berasap kayu sambil menahan pedih mata. Melihat kedaifan dan kemiskinan yang menjerat manusia dengan tali-tali di perigi. Duduk dikerusi kayu yang tiada penyandar.

Apa pula yang terjadi bila diisytiharkan juara?

"Dato', hari ini jadual melawat perkampungan asli jam 3 petang", beritahu Setiausaha yang agak bergetah.

"You call ketua cawangan, ada berapa orang yang datang? Kalau cuma 200 orang, you mintak dia ganti tempat I", jawab Dato'.

Dan apa lagi yang berlaku?

"Perasmian balairaya nie nanti panggil catering ke atau orang kampung yang masak?", YB bertanyakan PA nya.

"Dengar cerita, orang kampung pakat masak ramai-ramai Dato'", jawab PA

"Kamu mintak diaorang order catering yang biasa kita order tu, lepas makan aku boleh terus balik. Malaslah nak pedih-pedih mata kena asap", jerit YB.

Dan yang biasanyer...

"YB, kampung kita masih belum dapat peruntukan air lagi nie. Dari masa merdeka sampai sekarang masih pakai air perigi", minta Ketua Kampung yang dalam cakap-cakap di telefon.

"Apa-apa hal, awak tanya PA saya yer...saya dah hantar proposal dah. Kalau diaorang tak lulus, saya tak boleh buat apa-apa", jawab YB dalam kereta Mercedes ber'air-cond' dan bercermin gelap.

p/s: Masa aku sekolah dulu, pernah dapat undi yang banyak untuk jadi ketua darjah. Tapi kalau kelas bising, guru besar cari aku dan marah kat aku. Takkan aku nak menghampakan rakan-rakan sekelas yang dah mengundi aku. Aku tak marah pun dia orang yang buat bising.

Blog Widget by LinkWithin