Pengikut Awan

Sunday, April 5, 2009

Kecil Tapi Kental...

Pagi minggu yang segar...agak sibuk hari ni. Semalam buat transformasi pada kereta. Full body kit terbaru. Hari ni cari bengkel cat dan ekzos. Tapi transformasi masih belum siap sepenuhnya. Agak popular pulak wording transformasi sekarang nie.


Belek-belek paper Berita Minggu hari ni, tertarik dengan cerita Firdaus, 20 tahun, di muka surat 4 bmdua. Terdetik rasa simpati tetapi bangga dengan keupayaan Firdaus. Disebalik kekurangan yang ada pada diri, tetapi pada usia 20 tahun telah berjaya memiliki kedai komputer sendiri, I-Tech Technology. Cuba kita selak-selak diari kita sendiri. Dengan tubuh kita yang normal, apa yang kita ada semasa usia kita 20 tahun? Ya..mungkin ada yang masih study..all right. Fair enough. Tapi cuba selak balik pada usia 25 tahun. Apa yang kita ada?...mungkin sebuah EX5 atau paling hebat pun Kancil.

Ok lah...sambung kisah Firdaus. Setelah tamat kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Pusat Giat Mara Segambut, beliau melalui waktu sukar dalam hidupnya. Beliau telah menempuh 11 temuduga tetapi gagal, oleh kerana keadaan fizikal beliau.

Tetapi berkat usaha yang tak kenal jemu, akhirnya beliau berjaya membuka kedai komputer beliau sendiri dengan memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM3000 sebulan. Mungkin ada yang sinis mengatakan bahawa kejayaan beliau hasil bantuan Pusat Giat Mara yang membantunya menyewa kedai dan peralatan, tetapi pedulik lah apa orang nak cakap. Dia orang yang mengata tu pun masih tak kemana. Masih teraba-raba mencari hala tuju hidup. Sebahagiannya lebih suka mencari tokan ganja...

Aku sedih melihat orang kita yang kurang normal, sukar mendapat kerja dalam negara sendiri. Kalau orang tu pendek, pekak, bisu, sumbing...tak layak untuk bekerja hatta untuk datang temuduga sekalipun, tidak akan dibenarkan.

Aku bekerja dengan industri yang banyak menggunakan pekerja asing. Mereka ini tak perlu duduk menghadiri temuduga. Apa yang ejen pekerjaan hantar, kita terima mereka bekerja. Selepas setahun bekerja dan bila diadakan pemeriksaan kesihatan, ramai yang terpaksa dihantar balik kerana Hypatatis B, Siplis, TB dan lain-lain. Tak apalah...mereka nie boleh dibayar gaji murah. Company boleh dapat untung lebih sikit. Orang kita dituduh terlalu meminta-minta. Logik laa sikit...orang kita kalau nak kawin perlukan RM12 ribu untuk menjayakan majlis. Tetapi kalau di Indon, duit kita RM1 ribu tu dah siap dengan lembu seekor, ayam 10 ekor, beras, khemah dan lain-lain persiapan perkahwinan.

p/s: Pernah kena tegur dengan Mat Bangla yang jadi jaga apartment kawan aku sebab salah parking. Siap tunjuk-tunjuk dengan cotar dan mencekak pinggang. Kita kena ikut cakap dia...walhal kita pernah nyanyi lagu yang ada lirik 'Negaraku....tanah tumpahnya darahku....'

Thursday, April 2, 2009

Mereka berlakon lagi...

Cerita ini berulang lagi...dan lagi...dan lagi...hipokrasi dan janji yang susah nak menjadi. Watak dan skrip tetap sama.



Kali nie pentasnya di tiga kawasan. Dua di semenanjung dan satu di Sarawak. Entah kenapa, menyampah pun ada, tapi mata tetap nak tengok kaca tv. Melihat mereka mengusap kepala kanak-kanak yang entah dah mandi ke belum. Duduk kat dapur yang berasap kayu sambil menahan pedih mata. Melihat kedaifan dan kemiskinan yang menjerat manusia dengan tali-tali di perigi. Duduk dikerusi kayu yang tiada penyandar.

Apa pula yang terjadi bila diisytiharkan juara?

"Dato', hari ini jadual melawat perkampungan asli jam 3 petang", beritahu Setiausaha yang agak bergetah.

"You call ketua cawangan, ada berapa orang yang datang? Kalau cuma 200 orang, you mintak dia ganti tempat I", jawab Dato'.

Dan apa lagi yang berlaku?

"Perasmian balairaya nie nanti panggil catering ke atau orang kampung yang masak?", YB bertanyakan PA nya.

"Dengar cerita, orang kampung pakat masak ramai-ramai Dato'", jawab PA

"Kamu mintak diaorang order catering yang biasa kita order tu, lepas makan aku boleh terus balik. Malaslah nak pedih-pedih mata kena asap", jerit YB.

Dan yang biasanyer...

"YB, kampung kita masih belum dapat peruntukan air lagi nie. Dari masa merdeka sampai sekarang masih pakai air perigi", minta Ketua Kampung yang dalam cakap-cakap di telefon.

"Apa-apa hal, awak tanya PA saya yer...saya dah hantar proposal dah. Kalau diaorang tak lulus, saya tak boleh buat apa-apa", jawab YB dalam kereta Mercedes ber'air-cond' dan bercermin gelap.

p/s: Masa aku sekolah dulu, pernah dapat undi yang banyak untuk jadi ketua darjah. Tapi kalau kelas bising, guru besar cari aku dan marah kat aku. Takkan aku nak menghampakan rakan-rakan sekelas yang dah mengundi aku. Aku tak marah pun dia orang yang buat bising.

Friday, March 27, 2009

Sejam Dunia...atau Dunia Sejam


Esok...satu dunia akan sambut earth hour. Dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Idea untuk mengurangkan global warming yang menyerang dunia sekarang.

Promosi earth hour sungguh berkesan. Pagi tadi masa sarapan, orang bercerita pasal earth hour dan apa yang perlu dibuat. Ada yang berkata "Nasib baik takde game EL kat tv". Ada yang buat lawak "Lepas nie banyak umah terbakar sebab guna lilin". Hehehehe...begitu kuat pengaruh earth hour nie. Ramai yang menunjuk minat. Kat tv pun ramai selebriti yang akan menutup lampu. "Ku lihat..hitammmmm...."

Aku teringat dulu, tak berapa bulan dulu. Ada kempen yang cukup penting. Boikot Produk Israel. Tapi apa jadi? Promosi pun takde kat tv. Orang pun tak ikut. Semua gagal...

Entahlah...kalau orang kulit sawo matang yang mencadang, memang payah nak kita ikut. Tapi kalau omputeh yang cakap...kita ikut jer. Kalau omputeh pakai jeans londeh pun, kita akan ikut jugak. Entahlah...

Kita...yang sering melaungkan merdeka, tapi masih kena jajah. Kena ikut cakap mereka. Cakap orang kita, haram nak didengar. Terjerit-jerit dengan perkataan Hidup...! Hidup...! Hidup....!Yelah..hidup sekadar dapat bernafas sebab oksigen itu free. Tapi otak dan jiwa...kena gari dengan kehendak orang lain.

p/s: Earth Hour ini aku tak tau nak sambut macam mana. Sebab biasanya aku memang bukak lampu dapur jer yang boleh menerangi ruang makan dan ruang tamu. Tak mau laa ikut 100% cakap omputeh tu....

Aku belajar sesuatu...

Ampun berbanyak ampun buat semua. Aku terlalu busy dalam 2 bulan kebelakangan ini. Thanks to Cik Ian dan juga Paatz juga kepada yang sudi menjengah kesini walaupun takde tuan rumah. Make yourself at home!

Selama beberapa minggu nie, aku banyak menjadi pemerhati dari jauh. Melihat urusan di dalam negara. Cuma mampu memberi komen dalam hati. Merungut-rungut.

Sepanjang kesibukan aku nie, aku terlibat dengan kerja-kerja bersama omputeh atau mat salleh. Sedang bekerja, terlihat kelemahan orang-orang kita. Betapa susah payahnya mereka nak menerangkan sesuatu perkataan kepada mereka. Terkial-kial. Termasuk jugak aku.

Tapi beberapa minggu sudah, terlihat sekumpulan manusia berarak dijalanan. Membantah apa yang dianggap ilmu. Pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kenapa sampai begitu sekali? Satu dunia tengok sambil tersengih kat kita. Kenapa sampai begitu membuak-buak kemarahan kita kepada bahasa penjajah tu?

Aku bukan berasal dari keluarga yang menjadikan inggeris sebagai bahasa kedua di rumah. Dari sekolah biasa, aku masuk asrama dan kemudian masuk U. Perjalanan aku ini sama sahaja dengan majoriti penduduk Malaysia. (Jadi tak boleh la nak berlagak) Dan disebabkan aku dulu bukan dari sistem tersebut, maka buku yang wajib berada disebelah adalah scientific dictionary. Memang lemah.



Cuba kita sebut perkataan ini...AISLES, ADHERE, WEIR, BUREAUCRAT. Mungkin ramai yang boleh menyebutnya dengan betul, tapi lebih ramai yang terpaksa ulang 2 3 kali untuk menyebutnya.

Aku boleh berbahsa jawa. Kekadang bila bersama group jawa, aku mengutuk kengkawan yang tak faham bahasa. Tersegih-sengih jelah tanda tak paham. Bayangkan kalau kita nie pulak kena hina depan batang hidung oleh orang yang berbahasa asing. Kita juga sama...hanya mampu diam atau sengih sikit-sikit. Kita dihina-hina dan dikutuk depan mata...

p/s: Kenapa tak ada yang beria-ia membantah, berdemo, pecah harta benda awam bila tengok anak-anak kecil dalam Tom Tom Bak menari sambil menyanyi lagu Doktor Cinta yang jelas liriknya berbunyi 'Ku butuh doktor cinta...!' Kan kurang manis bunyiknyer pada kanak-kanak.

Blog Widget by LinkWithin