Pengikut Awan

Wednesday, December 24, 2008

Apabila parlimen ketawa...

Semalam aku penat giler...dari Muadzam dan sampai ke rumah dalam pukul 8.00 malam. Sebelum mandi aku hempaskan badan ke sofa dan tekan remote tv. Sempat jugak tengok Buletin Utama.

Tengah layan penat, tertarik dengan berita di parlimen. Usul pindaan undang-undang pencen. Dah lama jugak tak tengok ahli parlimen tergelak-gelak. Selalu tu maki hamun jer...Dalam sidang semalam ada menyebut tentang akta sedia-ada 'Jika suami berkahwin 4 dan jika isteri atau isteri-isterinya meninggal dunia, maka suami layak mendapat keempat-empat pencen dari isterinya. Jika suami pulak yang meninggal dunia, maka setiap isteri akan dibahagi-bahagikan jumlah pencen kepada 1/4 setiap seorang'.

Kalau tak dibentang di parlimen, mungkin ramai yang tak tau kot. Betapa beruntungnya mereka yang mempunyai isteri-isteri yang mempunyai pencen. Cerah masa depan...hahaha

Yang ruginya isteri lerr...dah laa hidup bermadu, duit pencen laki pun terpaksa dibahagi-bahagi. Siapa nak perjuangkan tu? Rasanya eloklah akta ini digubal semula bagi memberi keadilan kepada pihak wanita. Eloklah si suami hanya mendapat 1 sahaja pencen, iaitu dari kematian isteri yang pertama sahaja. Itu pun dah dikira banyak kerana tak perlu dibahagi-bahagi.

Kepada wanita yang serius untuk menceburi arena madu-madu nie...pikir-pikirkanlah...duit pencen pun dapat 1/4 atau 1/3 atau 1/2 jer...pastikan lerr kalau dibahagi tu at least dapat 2 ribu sebulan...barulah anda setuju nak join the club...betul tak?


p/s:Butang baju aku mana Pahhh...?!

Sunday, December 21, 2008

Gam yang paling murah sekali...

Dah hampir 2 minggu aku tidak menulis disini. Hanya sempat merayau-rayau di blog rerakan sahaja. Memandangkan laptop aku yang telah 'kosong' setelah aku format daripada Microsoft 2000 ke Microsoft XP, tetapi aku tak punya software Microsoft Office.

Hari minggu sebegini banyak masa terluang untuk menatap paper. Tertarik perhatian aku pada tajuk dimukasurat 15 Berita Minggu. 'Asri kesal RTM haram siar lagu'.

Aku belum mendengar lagi lagu nyanyian Kopratasa dalam album 'Yang Benar Tetap Benar' tersebut. Tetapi ada disiarkan lirik sebuah lagu bertajuk 'Aku Bukan Musuh Harta' hasil karya bekas Mufti Perlis. Antara lain lirik lagu itu menyebut:

Ya telah kaya para pendusta,
syarat mereka lupakan yang esa,
harta awam semua dibekam,
hukum syaitan mereka bertuhan.


Hmm...aku rasa sekali imbas aku paham lerr kenapa lagu ni kena gam. Ada lirik yang merobek hati sesetengah pihak. Siapa makan cili dialah rasa pedas.


Takpelah...dah banyak gak yang kena gam kat media massa nie. Tapi lepas tu ditarik balik. Dengarnya Wan Norazlin pun dah boleh aktif balik. Rosnah Mat Aris pun dah keluar TV jugak. Kalau macam nie, bila laa nak ubah perangai buruk masyarakat. "Alah...aku kena tangkap khalwat ke, hisap dadah ke, kutuk Nabi ke...lepas nie pun boleh masuk tv balik. Apa ada hal...ramai yang support aku."

Monday, December 15, 2008

Ibunya seekor anjing...

Seawal pagi aku dah keluar dan singgah di 7-E berhampiran untuk membeli sekotak rokok dan paper. Sedih menerpa tetiba apabila melihat tajuk depan Berita Harian. Bayi dibuang dalam lubang tandas awam.

(foto Berita Harian online)


Beristighfar melihat kes sebegini. Tak kiralah dia anak melayu, cina atau india. Tapi semuanya kan masih seorang manusia. Entahlah...berita-berita bayi dibuang nie dah jadi benda basi di negara kita. Saban hari kita mendengarnya. Itu yang dibuang ditempat-tempat awam. Yang ditanam belakang rumah tanpa kesan entah berapa banyak lagi.

Itulah realiti masyarakat kita sekarang. Ada sesuatu yang telah rosak dalam negara ini. Zaman ini adalah zaman dimana duit modal lebih penting dari moral, politics lebih penting dari polite, alkohol lebih untung dari akhlak...AF lebih famous dari Al-Fatihah.

Patutlah ramai sangat yang membangkang dengan akta DNA. Kalau ada akta tersebut, kejadian sebegini boleh dielak. Kita macam takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalau boleh, jika kes-kes moral sebegini terjadi kepada remaja bawah umur, tayangkan jer muka mak bapak mereka. Buat apa nak sorok-sorok. Kita terlalu bersopan-santun kepada penjenayah. Dah terlalu ramai mak bapak yang bodoh sekarang nie. Dah laa bodoh...hodoh pulak tu!!!

p/s: Dulu, aku terpaksa beritahu mak bapak kalau kena rotan di sekolah. Memang aku dah tahu akibatnya, kalau kena 10 liang kat sekolah, maka dirumah sure kena 10 liang lagi. Memang boleh aku nak rahsiakan, tapi bila teringat cerita dimana Tanggang disumpah menjadi batu menjadikan aku sangat takut untuk menipu. Mak aku pulak sering mengugut nak ke batu besar dibelakang rumah aku dulu, seperti dalam cerita batu belah batu bertangkup.

Sunday, December 14, 2008

Bila harimau berwarna biru...

Atas sebab-sebab kesibukan dengan tugas, maka entry ini agak lewat untuk aku siarkan. Tapi kesannya, masih aku terasa dari dulu, kini dan mungkin selamanya...

Umum sudah ketahui, nasib jurulatih pasukan bolasepak kebangsaan sedang dalam pertimbangan FAM. Rasanya tak salah untuk menganggap dia sudah 'terkeluar' dari skuad harimau. Itulah padahnya menjadi jurulatih skuad kebangsaan. Macam-macam formula dari pentadbiran untuk memajukan sukan yang dianggap No. 1 negara itu tapi semuanya tak berhasil.

Kasihan jugak melihat nasib jurulatih. Mereka melatih dan mencorakkan pasukan dan hanya berdiri memberi arahan dari tepi padang...tetapi bukan bertanggungjawab menjaga gawang. Aku masih tak rasa yang B. Sathianathan bersalah 100% dalam semua ini. Lihat sahaja Claude Le Roy yang pernah menggalas jawatan tersebut...beliau gagal di Malaysia tapi berjaya membawa Ghana ke Piala Dunia. Adakah kerana Le Roy adalah penjaring terbanyak Ghana? Jawapannya tentulah tidak.

Cuma apabila melihat barisan pemain ada sesuatu yang tak kena. Bukan niat nak merendah-rendahkan orang kita, tapi atas dasar pasukan kebangsaan yang punyai berbilang kaum. Nicol Ann David menjadi pemain no 1 skuash dunia, Dato Lee Chong Wei pemenang perak olimpik badminton...dan mereka adalah Malaysian. Masa zaman bolasepak semi-pro (sampai laa era liga super tahun lepas) penjaring terbanyak pun orang luar jugak. Cuba lihat barisan pemain terhebat kita pada masa dulu-dulu:

Abdul Ghani Minhat, Dollah Salleh, Hassan Sani, K. Rajagopal, M. Chandran, Khan Hung Meng, Lee Kin Hong, Lim Teong Kim, Mokhtar Dahari, R. Arumugam, Serbageth Singh, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Sau Chi Keong, Wong Chun Wah, Wong Kam Fook, Zainal Abidin Hassan.

p/s: Kalau ditanya tiap-tiap seorang pemain pasukan negara kita sekarang, team mana yang menjadi pujaan...dah tentu ramai yang menjawab Red Devil atau The Reds atau The Blues. So bagaimanakah nak ubah patriotik pemain supaya berjuang demi Skuad Harimau?

Blog Widget by LinkWithin