Pengikut Awan

Monday, August 4, 2008

Buta kaler...


On the way aku memandu dari Bandar Muadzam melalui highway Kuantan-Segamat, sempat aku tangkap gambar nie sambil memandu.Hehehehe...memang salah perbuatan aku memandu sambil tangkap gambar. Tapi memang perjalanan tu betul-betul slow. Tak kan lah lori balak tu boleh dipandu lebih dari 50km/j.

Cuba perhati betul-betul, boleh ke sesiapa perasan kain merah yang sepatutnya digantung jika membawa muatan panjang? Hmmm...mungkin ada yang nampak tapi tak peduli pun apa warna kain yang diikat. Rasanya pemandu lori sepatutnya wajib memasang kain berwarna merah yang jelas kelihatan dari belakang. Tapi biasalah...asal boleh...kain buat lap kaki pun boleh..."Korang buta ker...??? Kan aku bawak kayu balak nie...tak reti-reti nak jarakkan diri?"

Agaknya berapa ribu harga kayu balak sekarang nie ya? Mungkin kalau satu trailer kayu balak harganya RM2.30sen sahaja kot.Oooo...patutlah tokey balak tak mampu nak beli kain color merah kat Kamdar. Kain semeter dah RM1.50sen. Tolak dengan RM2.30sen, bakinya cuma 80sen. Manalah cukup 80 sen tu nak bayar loan Mercedes Benz, nak bayar loan rumah tiga tingkat lagi, nak bayar golf club lagi...

p/s:Yang pandai tak boleh ditegur, yang bodoh tak boleh ajar

Saturday, August 2, 2008

Macam bagus...


Gila...

Perkataan pertama keluar bila aku baca muka depan paper The Star hari ini. Kemalangan yang mengakibatkan 2 orang terbunuh yang membabitkan lori 10 tan menghentam 7 kenderaan termasuk motorsikal di Cheras-Kajang Highway.

Eyewitnesses described the scene of the accident as “horrific.”

“I saw the lorry coming down quite fast without the signal light on as I overtook it on my motorcycle. Seconds later, I heard a loud crash.

“To my horror, as I turned around to look, I saw the lorry smashing into several vehicles,” said Naresh Kumar, 28, an engineer.


(Petikan dari paper tersebut)

Memang teruk kalau kita perhatikan majoriti pemandu lori di negara kita. Dia ingat dia besar maknanya dia boleh buat sesuka hati dia. Dah beribu kemalangan membabitkan lori berlaku tetapi sebab degil, keras kepala, buat-buat bodoh...maka pemandu-pemandu lain yang bersopan, berhati-hati dan mempunyai anak isteri yang menunggu di rumah terpaksa mati kerana mereka. "Pedulik laa...body lori aku nie keras, kalau langgar, kereta korang yang teruk".

Memang mentaliti pemandu lori kita macam tu. Tengok sahajalah keadaan lori. Berlumpur, buruk, karat sana sini..melambangkan identiti pemandu sendiri. Mereka tak mahu menjadikan jawatan pemandu lori sebagai satu pekerjaan yang profesional. Lori tu asalkan boleh jalan cukup, alignment lari tak apa, brek makan sikit-sikit tak apa, pasir jatuh dari celah kanvas tak apa, tayar kotor dan lumpur terpelanting ke belakang tak apa..."Yang pecah cermin kereta korang, bukan kereta aku..hahahahaha"

Satu lagi yang aku perhati...ramai pemandu lori di negara kita tak tahu membaca. Samada dulu mereka terlalu miskin untuk pergi sekolah atau kalau sekolah pun dapat nombor corot dan terkenal sebagai budak paling malas. Terpampang besar kat tepi jalan signboard tertulis KENDERAAN BERAT SILA IKUT KIRI. Tapi dimana dia orang suka memandu?



p/s: Selalu tengok pemandu-pemandu lori minum kat kedai, cakap kuat-kuat dan kadang-kadang cakap besar. Macam bagus jer...

Friday, August 1, 2008

Bayar apa yang anda mahu

"Mamak..!!! teh tarik satu..!!!"
"Boley..!!!"
"Mamak..nak setengah teh tarik..!!!"
"Tak boleh..!!!"
"Kenapa..??"


Hehehe...iklan U-Mobile nie biasa kita tengok kat TV. Tapi mesej company tersebut amat simple..."Bayar apa yang anda mahu...". Aku bukan pelanggan U-Mobile kerana ianya buat masa sekarang adalah untuk pengguna di Lembah Kelang sahaja. Bukan pasal perkhidmatan itu yang aku nak tulis kat sini.

Pasal Ayam...

Aku biasa beli ayam segar di pasar malam Kluang setiap petang Sabtu. Biasanya aku akan beli seekor. Ayam-ayam yang telah disembelih biasanya akan diletakkan diatas meja untuk pelanggan memilih. Setelah ayam yang disukai dipilih, brader ayam akan angkat dan letak atas penimbang "12 ringgit 60 sen, nak potong?" dia akan bertanya. Aku anggukkan kepala.

Terus dia pass kat brader sebelah yang jadi tukang potong. Memang expert brader tu siang ayam. Mula potong kepala, lepas tu belah perut, tarik isi perut, potong kaki, potong kepak..lepas tu ambil pedal, belah dan buang dedak didalamnya, kemudian ceraikan lemak-lemak yang ada. Bungkus daging dalam plastik dan pass ke tangan aku.

Aku rasa aku tak 'bayar apa yang aku mahu'...mana pergi kepala, usus, lemak dan kuku? Sambil berjalan ke kedai sayur aku terfikir-fikir...kenapa penjual ayam tak timbang ayam selepas ayam disiang? Aku rasa macam kita semua dah kena tipu.

Hmmm...sekarang kalau nak beli ayam, aku cuma beli apa yang aku mahu. Rasa nak makan peha, aku pegi pasar beli peha sahaja. Mungkin harga tu dia tipu jugak...TAPI...aku cuma nak bayar apa yang aku mahu...





p/s: Memang untung jadi peniaga ayam, lepas suruh kita bayar apa yang kita tak mahu, dia jual pulak sisa-sisa jualan tu kat tokey babi. Tokey babi manyak untung wooo.."Wa cuma bili apa yang babi wa mau..."

Liga Premier dah nak mula...

Tinggal lebih kurang 15 hari lagi English Premier League nak mula. Sebagai penyokong Liverpool (sejak 1983), biar dia menang atau kalah, kena lah 'ambil berat' tentang perkembangan terkini pasukan The Reds tu.

Memang sudah secara rasmi Scott Carson (3.25 mil), Peter Crouch (undisc), Danny Guthrie (undisc.), Jack Hobbs (loan), Harry Kewell (free), Anthony Le Tallec (free) dan John Arne Risse (3.98 mil)telah dikeluarkan dari kelab untuk musim 2008-2009 ini. Sedih jugak bila Risse, Crouch dan Kewell dah terkeluar. Risse si perembat kencang, Crouch si tinggi lampai dan Kewell yang boleh menyepak dengan kaki kiri. Hmmm... sebagai penyokong, apalah kuasa aku nak sound Rafael Banitez tu...harap-harap musim ni mampu ke final Champions League lagi.

Dan untuk update terkini, Liverpool dah membawa 5 pemain barunya ke Anfield. Harap-harap Garreth Barry pun akan join The Reds, tu pun kalau nak merasa main kat Champions League. Kalau tak, terpaksalah dia berjuang bersama-sama Agbonlahor dan Young untuk main tahun depan pulak.

Senarai pemain baru The Reds tahun ini ialah:

Diego Cavalieri (25 tahun)
Asal : Brazil
Posisi : Goalkeeper
Dibeli dari : Palmeiras





Philip Deggen
Asal : Switzerland
Posisi : Bek kanan
Dibeli dari : Borussia Dortmund





Andrea Dossena (26 tahun)
Asal : Itali
Posisi : Bek kiri
Dibeli dari : Udinese





Robbie Keane (28 tahun)
Asal : Republic Ireland
Posisi : Penyerang
Dibeli dari : Tottenham Hotspur





David Ngog (19 tahun)
Asal : France
Posisi : Penyerang
Dibeli dari : Paris St Germain





The Reds...!!! You'll Never Walk Alone

Blog Widget by LinkWithin