
Pandangan biasa kat bus stop. Memang dah tak boleh diubah. Kadang-kadang bus stop, bus station dan jugak bas yang nak dinaiki kelihatan amat canggih, moden dan up-todate. Yang menyakitkan mata dan hati adalah penggunanya. Kadang-kadang nampak macam samseng...macam... "Bas ini BAPAK aku yang punya!!!, korang tepi sikit!!!".
Kenapa tak boleh beratur? Alasan terbanyak yang boleh dikumpul adalah "Aku nak cepat nie". Alasan kedua terbanyak "Aku dah lama tunggu". Dan alasan ketiga mungkin "Nanti tak dapat tempat duduk". Walau apapun alasan, sikap berebut-rebut macam sekawan ayam yang nak makan dedak amatlah memalukan negara.
Kalau dirumah atau pejabat atau kedai kopi, kita sibuk sembang pasal keBANGGAan orang...bangsa jepun rajinlah, orang eropah majulah, pemain MU ada standardlah. Tapi orang luar pulak ketawakan keBANGANGan kita.
Ni dah dekat nak puasa dan raya. Orang akan berpusu-pusu di pasar-pasar Ramadhan atau di pusat beli-belah. Masa tu ruang jalan kaki memang berhimpit-himpit dengan manusia. Pernah tak kita nampak, entah orang dari ulu banat mana entah, ditengah kesesakan orang ramai nak lalu tu, boleh dia berhenti bersembanglah, ada yang suruh anak-anak dia bersalam dengan makcik yang dah lama tak jumpalah dan paling menyampah sekali, sanggup berhenti untuk tanya "Oi...beli lauk berbuka ke?".
Hangin tengok perangai orang kita. Apalah salahnya kalau nak bersembang tu kat tepi laluan pejalan kaki. Macam nak menunjuk dia sorang jer yang ada sedara mara atau nak tayang baju yang tertulis AIG buatan Thailand tu.
p/s:Biasanya kalau sekawan kambing tu kita bunyikan hon akan berlari-lari ketepi jalan, yang degil sikit biasanya lembu, hon banyak kali pun susah nak ke tepi. Itu kalau compare binatang dengan binatang laa...
Hmm...kenapa begitu banyak prosedur? Kenapa membayar gaji Bangla hanya untuk kata "Bayar di kaunter"? Kenapa ada deposit pulak sekarang ni? Kenapa membiarkan pemandu lain menunggu lama di belakang untuk mengisi petrol?

Memang teruk kalau kita perhatikan majoriti pemandu lori di negara kita. Dia ingat dia besar maknanya dia boleh buat sesuka hati dia. Dah beribu kemalangan membabitkan lori berlaku tetapi sebab degil, keras kepala, buat-buat bodoh...maka pemandu-pemandu lain yang bersopan, berhati-hati dan mempunyai anak isteri yang menunggu di rumah terpaksa mati kerana mereka. "Pedulik laa...body lori aku nie keras, kalau langgar, kereta korang yang teruk".
Satu lagi yang aku perhati...ramai pemandu lori di negara kita tak tahu membaca. Samada dulu mereka terlalu miskin untuk pergi sekolah atau kalau sekolah pun dapat nombor corot dan terkenal sebagai budak paling malas. Terpampang besar kat tepi jalan signboard tertulis KENDERAAN BERAT SILA IKUT KIRI. Tapi dimana dia orang suka memandu?
Aku biasa beli ayam segar di pasar malam Kluang setiap petang Sabtu. Biasanya aku akan beli seekor. Ayam-ayam yang telah disembelih biasanya akan diletakkan diatas meja untuk pelanggan memilih. Setelah ayam yang disukai dipilih, brader ayam akan angkat dan letak atas penimbang "12 ringgit 60 sen, nak potong?" dia akan bertanya. Aku anggukkan kepala.
Hmmm...sekarang kalau nak beli ayam, aku cuma beli apa yang aku mahu. Rasa nak makan peha, aku pegi pasar beli peha sahaja. Mungkin harga tu dia tipu jugak...TAPI...aku cuma nak bayar apa yang aku mahu...



