Malam tadi seperti biasa aku makan malam di kedai sahaja. Aku duduk dan macam biasa menunggu pelayan untuk ambik order. Selang 10 minit...baru pelayan perasan akan aku. Hati punya laa panas...dia dekat jer dengan meja, aku bangun dan berjalan ke restoran di hujung bangunan. Aku terdengar tokey kedai menjerit-jerit pada pelayan tersebut. "Nasiblah kau..." aku berbisik dalam hati.
Aku terkenang pada bulan Mac 2000, aku berkursus di Johannesburg, Afrika Selatan. Masa tu aku menginap di Hotel City Lodge. Siang berkursus dan malam pulak aktiviti bebas. Aku ke sana dengan seorang kawan bernama Allan Wollis, seorang Sabahan beragama kristian. Malam pertama dan kedua kami makan di sebuah restoran berhampiran. Oleh kerana aku muslim, maka aku cuma berani order nasi dan ikan sahaja. Aku tawakkal...tapi apa yang menarik ialah, pelayan disitu cukup profesional. Restoran tersebut bukanlah yang famous tapi ordinary jer di kawasan tersebut.
Pelayan 'negro' memakai kemeja putih dan sentiasa berdiri di rostrum depan restoran. Apabila pelanggan tiba, dia akan ke meja dan mengambil pesanan dengan wajah yang tersenyum. Kemudian akan mengulang semula order yang diambil.
Sedang pelanggan hampir-hampir menghabiskan makanan, pelayan tersebut akan menghampiri meja dan bertanya "Excuse me, how the foods here sir?" sungguh sopan. Walau dah dekat 5 malam aku makan di tempat yang sama, dia tak bosan bertanya soalan tersebut. Mereka amat memikirkan kualiti daripada keuntungan semata-mata.
Satu hari aku dah rasa agak jemu dengan pilihan makanan yang terhad untuk aku buat pilihan. Jadi aku pun bertanya pada pelayan tersebut semasa dia bertanya soalan rutin kepada aku. "Can you tell me where can I get Muslims food?". Aku yakin yang pelayan tersebut bukan dari agama yang sama dengan aku. Spontan...dia bergegas ke rostrum dan mengambil sehelai kertas. Laju dia melukis peta ke restoran yang menyediakan makanan halal di Johannesburg.
Balik ke bilik hotel aku termenung, kalau di negara aku, nak tanya di mana kedai jual sup ekor kat tokey kedai mee bandung, paling sopan pun dia akan cakap "Tak taulah bang."
Entahlah...pelancong negara kita selalu kata rakyat kita ni polite dan very helpfull...betul ke???
"1st class facilities but with 3rd class mentality"