Pengikut Awan

Wednesday, October 5, 2011

Aku ada 15 minit sahaja lagi....

Salam semua...

Aduh...lama betul tak menghantar nukilan disini. Sibuk sungguh...(termasuklah kerana broadband kena bar sebab delay 2 bulan...padan muka aku). Situasi sekarang kurang mengizinkan setelah keluar dari bekerja dengan bergaji tiap bulan kepada kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan malam nie.

Dan...ketika ini ditulis, aku cuma ada 15 minit sahaja lagi untuk online. Kerana mengejar masa.

Kepada mereka di luar sana, hargailah masa walau seminit cuma. Gunakan sebaik-baiknya untuk berfikir menentukan masa depan. Masa depan itu luas...samada berfikir untuk keesokan harinya, minggu depan, bulan depan, tahun depan, sepuluh tahun dari sekarang dan terpenting masa depan dialam kubur dan masa di padang Mahsyar...

Kerana seminit berfikir itu boleh mengubah segala-galanya yang akan berlaku selepas tamat 60 saat tersebut.

Dan yang paling penting...plan your work AND WORK YOUR PLAN!!! Jika keputusan dari fikiran telah diambil, maka laksanakanlah...samada hasilnya itu memperoleh kebaikan atau sebaliknya, maka terimalah. Gagal bukan maknanya bodoh, kecundang bukan bererti kalah. Masih ingatkah lagi apa yang terjadi dengan Puan Siti Nurhaliza dulu??

"What is your recipe of success?", tanya wartawan.

"Ayam masak merah...", jawabnya...

Dan sekarang, beliau sudah ada Simply CT dan album Inggeris!!!

p/s: Pesan Penjejak Awan, "Jangan jadi macam saya, jadilah macam orang lain". Penjejak Awan bukanlah orang yang berjaya seperti orang lain.

2 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Kona said...

bangga dengan rakan-rakan yang bekerja sendiri a.k.a gaji kais pagi makan pagi seperti Penjejak Awan...

walaupun bisnes tak sebesar Carrefour atau Giant...atau Xerox..atau Canon...tapi sekurang-kurangnya bisnes milik SENDIRI..diri sendiri lah BOSS..dan tetap masih boleh menyara keluarga...

"what is your recipe of success?"

salute!

Hahn 3rd said...

tiru CT..."ayam masak merah jugak!!!"

even though I'm nobody compare to FOR****

Blog Widget by LinkWithin