Pengikut Awan

Monday, February 28, 2011

Al-Fantasia

Kalau ada masa free, marilah sama-sama kita saksikan Rancangan Jangan Lupa Lirik bersama-sama keluarga. Bila ada peserta sedang menyanyi, dan tiba-tiba muzik dihentikan, maka peserta tersebut perlulah mengisi tempat kosong dengan lirik-lirik yang betul. Kalau ada kesilapan nescaya kita yang menonton bersemangat nak membetulkannya dari rumah. Siap ada yang akan menjerit "Apalah!!! itu pun tak tau"

Kalau ada masa free lagi, kita sama-sama menonton Akademi Fantasia atau American Idol atau Mentor atau apa saja rancangan nyanyian...Tom Tom Bak juga ada slot menyanyi jugak. Bila lagu yang diminati itu dinyanyikan, maka kita sama-sama menyanyi. Bila ada yang terkeluar sebab suara tak sedap, kita mungkin nak menangis sama.

Hebat tak hebatnya rancangan-rancangan macam tu disiarkan di kaca-kaca tv. Mampu mempengaruhi kehidupan kita. Mampu membawa kita bersama-sama menghayati dan menyelami jiwa peserta. mampu mengajak kita menyanyi dan menari bersama...

Soalan : Apa makna bacaan yang kita kumat-kamitkan semasa sembahyang?

"Entah, aku hafal jer bahasa arab yang uztaz aku ajar dulu"

Soalan : Apa maksud disebalik lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali

1. Rangkap pertama - usah diluahkan kata perpisahan, jangan diungkapkan lafaz keramat (hanya dia yang tahu apakah ayat keramat itu..boleh jadi i love you..boleh jadi juga "kita putus..") Biar lenyap diserap bunyi, biar senyap yang tak menyepi. Umpama kemarahan yang tercetus, biarkannya lenyap begitu saja. Biar senyap namun masih ada dan dirasai kewujudannya...


2. Tolong ingatkan aku kisah kau tersedar dengan saku penyeluk masa - Penulis meminta tolong untuk mengingatkannya bahawa pasangannya telah tersedar akan hakikat kenangan yang pernah di cipta bersama (*saku penyeluk masa)..


3. Mari patahkan papan markah lama, Mari padamkan buku tiga lima, Biar luka sembuh sendiri, Biar lupa dimakan hari -Penulis mengajak untuk melupakan segala kenangan silam dan segala hutang piutang yang pahit untuk dikenang supaya luka yang terjadi dapat sembuh dengan sendirinya di mamah oleh masa yang berlalu.


4. Kau dampingi aku Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Penulis menyampaikan rasa hatinya betapa dia berdebar-debar dan hatinya bahagia saat di temani oleh pasangannya.


5. Bila marah merasuk minda Kecewa menyelubungi jiwa Aku lupa - Penulis mengatakan bahawa dia lupa pada hakikat yang sebenarnya apabila kemarahan merasuk minda dan menyelubingi jiwanya. Lantas bertindak tanpa berfikir akan kesannya.


6. Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa Ku teringatkanmu Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Penulis meminta untuk diingatkan saatnya dia tersedar betapa berbahagianya dia dapat bersama pasangannya.


7. Tolong ingatkan aku kisah kita Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa -Penulis mengulangi kata yang sama untuk mengingatkannya mengenai kisah mereka berdua dan menghargai akan pasangannya dan perasaan kasih yang menemaninya.

Complete disitu maksud lagu tersebut...walaupun ia cuma bahasa melayu yang tak perlu dialih bahasa...


Pelajar sekolah, IPT tak faham makna al-Fatihah

BERITA HARIAN
2011/02/28

KUALA LUMPUR: Kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih tidak memahami erti bacaan al-Fatihah dalam solat mereka, kata Prof Emeritus, Datuk Dr Isahak Haron.

Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, kajian menunjukkan lebih 80 peratus pelajar Tingkatan Dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna dalam bacaan al-Fatihah.

Beliau berkata, perkembangan itu jelas membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim yang dituntut agama.
“Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang, dan bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, semalam.

Seterusnya, Isahak berkata, pelajar Melayu dari Tahun Dua hingga Tingkatan Lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dikhuatiri terus lemah dalam dua subjek kritikal itu.

“Mereka akan terus menjadi lost generation seperti kumpulan pelajar yang lalu. Bagi kira-kira 30 peratus pelajar yang gagal teruk dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah secara kumulatif, pendidikan di sekolah sudah tidak bermakna. Sekolah tempat mereka ‘gagal’,” katanya.

Hmm...buat mereka-mereka yang telah lupa, terlupa dan pura-pura terlupa yang dia pelupa...

Tafsiran surah Al-Fatihah.

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."


Budak-budak umur 5-6 tahun...dengar lagu Maher Zain dalam kereta, mereka terlonjak-lonjak menjerit menyanyi "Insyaallah...insyaallah...insyaallah" tanpa paham apa maknanya. Budak-budak kecik...tak ada akal lagi...

P/s: Aku bukan orang arab tapi pernah ambil subjek arab. Tapi mengapa tokoh Maal Hijrah tahun nie ada budak bukan arab tapi lulus cemerlang bahasa arab? Adakah dia berbahasa arab sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari?

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin