Pengikut Awan

Monday, January 31, 2011

Udang Kering, Ikan Bilis...

Sudah banyak info-info yang kita temui tak kiralah dari sumber-sumber blog, Facebook, bahan-bahan bertulis atau ceramah-ceramah berbayar untuk kita mengetahui sifat-sifat yang ada pada seseorang. Terkadang, ilmu itu datang dari sumber yang ada disekeliling kita atau berlaku dihadapan kita. Cuma kita sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran boleh mentafsirkannya.

Ada seorang kawan. Seorang yang sukses dalam kerjayanya, ramah mesra, mudah didekati, berfikiran terbuka dan merendah diri. Amat sukar dizaman ini mencari seorang yang boleh dipanggil sahabat. Kebanyakannya akan berubah bila sudah tidak lagi dibiayai oleh mak bapak atau PTPTN (walaupun mereka terpaksa bayar balik pinjaman itu). Bila mereka-mereka ini sudah berkereta mewah, bergadget yang up-to-date, mulalah lupa siapa kawan yang sama-sama bergelak-tawa dulu-dulu. Mulalah mengkastakan kawan-kawan mengikut ketebalan dompet atau samada handphone itu cap epal atau buah berry...

Berbalik kepada kawan yang seorang tadi. Beliau akan mula bertugas ke luar negara tak berapa hari lagi. Syabas my friend!!!. Nak ke Amerika Syarikat. Tak lama lagi Penjejak Awan akan di'tag'kan kat gambarnya di Facebook berlatar-belakangkan bangunan White House. Cayalah...

Beberapa hari yang lepas, beliau ada emelkan gambar persediaan sebelum menjejakkan kaki ke negara Uncle Sam tersebut. Beliau membungkus udang kering dan ikan bilis untuk dibawa bersama. Yelah...USA mana ada udang kering...hehehehe


Hmm...begitulah ceritanya. Penjejak Awan kalau nak pilih seorang pemimpin, akan cari orang yang macam nie. Bukan kerana beliau adalah seorang kawan rapat, tapi kerana sikapnya yang berpijak di bumi nyata. Bekerja sebagai wakil negara di negara orang adalah pencapaian yang amat tinggi pada pandangan Awan. Harapan agar suatu hari beliau pulang sebagai pemimpin...insyallah.

Walau kemana pun kita pergi, udang kering, ikan bilis jugak yang kita akan cari. Sebagai anak bangsa, kita tak akan lupa asal usul kita. Bak kata Hang Tuah (kenapa selama nie kita tak pernah sebut Allahyarham Hang Tuah yer?...hmmm musykil) Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Selagi kita makan nasi berlauk ikan atau ayam cicah belacan...


Dan setinggi mana pun anugerah yang kita dapat di dunia ini, jangan lupa langsung dari mana kita berasal. Ada yang baru berjinak-jinak dalam team orang kaya, sudah mula makan stik dan menjamu anak-anak dgn KFC hampir tiap-tiap hari, breakfast pulak kat McD. Foto-foto sajian barat di paparkan dalam facebook supaya rakan-rakan menelan air liur melihatnya. Penjejak Awan akur yang mereka makan sekali-sekala. Cumanya...ia dah jadi macam kebiasaan pada sesetengah orang. Suatu kemestian...

Ya...kita mudah lupa mungkin. Dahsyatttt...!!! kata Nadzmi.


P/s: Hairan jugak bila kita nak menarik pelancong datang ke negara ini, kita kena bina banyak pusat hiburan. Tapi yang memenuhkan pusat-pusat hiburan itu nanti anak-anak bangsa kita jugak, artis-artis bangsa kita jugak. Yang nanti menyebabkan anak bangsa kita jugak yang tunggang-langgang. Mat Salleh nak capture scene-scene kat kampung-kampung...sebab kat eropah sana mana ada kampung...

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin