Pengikut Awan

Friday, February 5, 2010

Postor postor...

Dalam Facebook agak 'kecoh' tentang group TIDAK!!!SAYA X AKAN MEMBAYAR $3.99/SEBULAN KPD FACEBOOK MULAI 9 JULAI 2010.

Entah ya, entah tidak ruang sembang sosial itu nak dikenakan bayaran. Kalau $3.99 maknanya dalam Ringit Malaysia dalam sekitar RM12.00!!!

Dunia perhubungan makin berubah dari zaman ke zaman. Zaman moyang kepada moyang kepada moyang kita dulu (aku just mention di Malaysia) entah bagaimana mereka berhubung agaknya. Zaman berubah dan wujud pula sistem pos. Orang tua-tua dulu kala berhubung menggunakan surat, poskad atau telegram. Kekadang sanggup menapak berbatu-batu untuk pergi ke pejabat pos. Di hari perayaan, beratus-ratus malah beribu-ribu keping kad ucapan terpaksa disisihkan mengikut poskod negeri dan daerah, supaya penerimanya bergembira menerima ucapan dari rerakan, kaum keluarga atau yang tersayang.

Zaman berubah lagi dengan wujudnya telefon, handphone, sistem pesanan ringkas, kemudian MMS. Itu belum lagi dengan wujudnya e-mail, YM dan tersohor sekarang Facebook. Perhubungan jadi begitu mudah. Tak perlu mengarang surat lagi. Kat tv pun dah takder scene pelakon meniarap atas katil, menulis surat berkali-kali dan jika tersilap, kertas direnyuk dan dicampak ke lantai....bertaburan.

Akan tetapi, masih ada ibubapa (yang lahir 60-an kebawah) yang masih terkial-kial dan tak memahami penggunaan sms dan media elektronik yang lain. Mereka biasa dengan penggunaan surat yang dimulai dengan 'Menemui ibunda' atau 'Menemui ayahanda'...


Siapakah yang ditimpa kesan dengan perubahan ini?...Jawapannya Pejabat Pos. Tanyalah diri sendiri bila kali terakhir kita ke pejabat pos? Kali terakhir aku menghantar ikan terubuk masin pada pelanggan pada bulan lepas, itu pun di kaunter Poslaju yang berada di bilik yang lain dari ruang utamanya (ooops! terpromote pulak). Jarang-jarang bukan untuk ke sana? Dengan wujudnya media elektronik sebagai medium perhubungan, fungsi pejabat pos semakin lama semakin hampir pasti dilupakan. Sekarang pun pengisian kemasukan ke universiti dibuat secara online, tidak lagi perlu mengisi borang UPU dan menghantarnya ke dalam peti surat.

Pejabat pos telah berubah fungsi. Sekarang kita boleh membayar bil dan re-new lesen memandu di sana. Terima kasih kepada syarikat-syarikat dan JPJ yang sudi menggunakan pejabat pos sebagai tempat pembayaran. Tetapi jika diperhati, Kedai Celcom atau Kedai TM juga dah boleh kita buat pembayaran bil Astro. Pejabat Pos juga ada perkhidmatan Poslaju, tetapi saingan daripada perkhidmatan penghantaran ekspress lain semakin mendapat sambutan. Apa lagi yang ada pada pejabat pos? Mat despatch pun menjalankan tugas saling tak tumpah seperti abang-abang posmen.


Adakah penjualan setem satu-satunya perkhidmatan yang unik di pejabat pos? Bagaimana kita membayar gaji kerani-kerani pos jika dengan hanya membeli setem 30 sen? Aku tak paham bagaimana ianya berfungsi...

p/s: Mungkin Pejabat Pos perlu di re-branding. Ruangan ber'aircond', kerusi moden, TV LCD di dinding dan kerani-kerani di 're-design' ala-ala pramugari penerbangan Malaysia.

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin