Pengikut Awan

Tuesday, October 6, 2009

Pitching lari ke laut...

Mungkin ada yang tak setuju, mungkin pendapat kita berbeza dan mungkin semua orang tak setuju. Yelah...nak buat macammana...rambut sama hitam, saiz pinggang lain-lain.

Teringat kekadang apabila ada satu majlis kecil-kecilan atau yang lebih berprestij lagi malam anugerah, perkara yang sebegini biasanya berlaku...

Aku rasa pelik...tak tahulah pada mata orang lain. Dan seperti yang aku tulis awal-awal tadi... Mungkin tak salah, tapi pada pandangan mata dan telinga aku rasakan macam tak matching, tak synchronize, tak harmony... Mata mentafsir sebagai sesuatu yang lain atau 'indah' dipandang tetapi telinga menyampaikan aliran kimia yang lain ke otak. Oleh kerana kedua-dua pancaindera ini bercanggah, short circuit berlaku dalam otak. Nasib baik tak berlaku pendarahan yang teruk.

Entahlah...rasanya kurang sesuai menggunakan ayat-ayat suci dengan berpakaian macam tu. Terasa ketara hipokrasinya. Terasa macam rendah sangat makna dan pengertian ayat tersebut. Aku tak tahu...mungkin pendapat aku salah. Tapi memang aku rasa tak patut dan tak sesuai. Cuba kalau seorang yang berpakaian sopan maki hamun dengan perkataan-perkataan tak senonoh, sure ramai yang mengata "Dia tu pakai jer litup, tapi mulut macam bangkai!!!". Ada semacam double standard kat sini...

Ni kalau artis baca sure dia akan melalak kat Melodi "Kami carik duit halal!!, kami tak lacurkan diri!!, kami tak merompak!!, kami tak berjudi!!". Ya...betul...betul...betul...kata Upin dan Ipin (depa berdua pun artis jugak)

p/s: Mungkin menipu juga adalah sifat yang penting sebagai artis. Menipu tak semestinya makan duit haram. Cuma perlu buat statement "Kami cuma rakan bisnes" dan lepas itu meletup cerita dia ceraikan bini dan berkepit macam belangkas dengan rakan bisnesnya. Tipu macam tu tak libatkan duit...maka darah dalam tubuh masih halal dan suci.

4 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Jejak Hamba said...

biasa lah tu... ramai islam tetapi bukan muslim... hati munafik bertopengkan keimanan..

Hahn 3rd said...

betul tu bro...mungkin aku jugak begitu, tak sempurna. Hanya menyuarakan rasa.

khasyikelvin_ said...

bulat mata bro??

Hahn 3rd said...

kartun jer tu...kalau orang betul, berdarah hidung....

Blog Widget by LinkWithin