Pengikut Awan

Friday, August 28, 2009

Jom bayar zakat...

Bila tiba bulan Ramadhan maka akan datang Syawal selepasnya...tak kira anak bulan itu wujud atau tak kelihatan. Maka bila datangnya Syawal, maka yang utama adalah zakat fitrah. Aku sekadar mengingatkan sahaja. Ni minggu-minggu orang dapat gaji. Jolok-jolok kat mesin ATM tu masa syok membeli-belah keperluan raya, tau-tau baki tak cukup nak membayar zakat anggota keluarga yang lain. Terpaksalah pulak memecahkan tabung syiling...itupun kalau ada...

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2009:

Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7
Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
Johor – RM5 dan RM7.50
Sabah – RM6.60
Negeri Sembilan – RM6.50
Melaka – RM6.30
Sarawak dan Perlis – RM6

Penentuan kadar zakat fitrah :

a) Harga zakat fitrah bagi negeri² di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60kg.

b) Harga zakat fitrah bagi Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.
Senyum itu sedekah...bukan zakat yer!


Ingat...bayar sebelum sembahyang raya...kalau selepas sembahyang raya dah dikira sedekah jer.

p/s: Ramai dah mula mengira-ngira. Ada tu yang tetiba kata dia makan beras murah so bayaran zakatnya ikut harga yang rendah untuk negeri terbabit. Huk alah...nak bayar zakat setahun sekali pun berkira ker... Tu yang membazir sana-sini tu selama 364 hari tak dikira pulak.

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin