Pengikut Awan

Monday, June 29, 2009

Prihatin...

Menteri terkejut persekitaran kuarters Cheras kotor, semak

KUALA LUMPUR: Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang membuat lawatan kerja ke kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 2 1/2 Jalan Cheras di sini semalam, terkejut apabila melihat kediaman kakitangan jabatan itu serba kekurangan, berkeadaan usang dan saiz lebih kecil daripada rumah kos rendah.

Shaziman juga tidak berpuas hati dengan persekitaran kuarters berkenaan yang membabitkan laluan antara tiga blok itu kerana kotor dengan longkang tersumbat, semak dan boleh menjadi sarang ular serta tikus.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan JKR Wilayah Persekutuan mengambil langkah segera membersihkan sekitar kuarters terbabit supaya selamat diami sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Saya kagum kemajuan Kementerian Kerja Raya membina bangunan tinggi dan jalan yang hebat. Jadi, kita nak tahu juga bagaimana tempat tinggal kakitangan bawahan yang juga keluarga saya (Kementerian Kerjaraya).

"Jadi, untuk mengenali mereka lebih dekat, saya ambil sedikit masa meninjau kuarters kakitangan JKR di sini hari ini (semalam) dan saya dimaklumkan kuarters ini dibina sejak tahun 50-an dengan keluasan hanya 418 kaki persegi, lebih kecil daripada rumah kos rendah dan pada peringkat awal dibina dengan satu bilik.

"Yang jelas kuarters ini sudah tidak sesuai lagi didiami," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan kuarters berkenaan selama kira-kira sejam, semalam. Kuarters berkenaan didiami kira-kira 50 keluarga yang menempatkan kakitangan Kumpulan Sokongan Dua, terdiri daripada pekerja bahagian pertukangan, tukang cat dan pemandu.


Kesian pulak membaca kisah macam nie. Kadang-kadang kita pulak yang terlupa. Disebalik keindahan dan kemajuan yang kita pandang, rupa-rupanya mereka yang menguruskannya terpaksa berkorban. Kita menuntut rumah yang sempurna tapi ada yang terpaksa tinggal rumah yang tak ikut spec.

Maka tindakan Menteri amat bertepatan sekali. Sudah agak lama mereka terpaksa hidup begitu. Itulah pengorbanan yang tak ternilai mereka terhadap negara. Eloklah diutamakan rakyat negara dahulu. Sebab rakyat Bangla yang berhijrah ke sini pun dapat rumah banglow (cuma duduk ramai-ramai lerr....)

p/s: Elok jugalah Menteri yang jumpa dulu...jangan Bersamamu yang jumpa dulu. Satu Malaya nampak nanti.

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin