Pengikut Awan

Tuesday, September 16, 2008

Jual kuih 10 sen pun untung

BALING - Tidak ramai peniaga yang sanggup menjual kuih dengan harga 10 sen sebiji tetapi itulah yang dilakukan seorang suri rumah Halipah Dahaman apabila tidak pernah menaikkan harga kuihnya sejak 26 tahun lepas.

Halipah, 52, menyifatkan kenaikan harga barang bukan menjadi halangan untuk beliau mengekalkan harga kuih 10 sen sebiji kerana beliau masih mendapat keuntungan apabila kuantiti yang dijual itu adalah banyak.

Beliau membuat lebih sepuluh jenis kuih termasuk tepung talam, pulut seri muka, kuih lompang, cucur udang, kuih keria dan buah melaka, yang kesemuanya dijual dengan harga 10 sen sebiji.

Halipah berkata, terdapat peniaga di Pasar Ramadan yang tidak begitu senang dengannya kerana beliau dapat menghabiskan kuih yang dijualnya di pasar itu dalam tempoh sejam selepas membuka gerai.

"Memanglah ramai peniaga yang tidak begitu senang dengan cara saya berniaga kerana menjual kuih pada harga yang begitu murah tetapi bagi saya ia adalah cara saya mendapat pelanggan," katanya kepada Bernama ketika di temui di sini semalam.

Mengenai rahsia membolehkan beliau menjual kuih dengan harga yang murah, Halipah berkata setiap sekilogram tepung gandum sebenarnya boleh menghasilkan hampir 200 biji kuih.

Beliau berkata, pelanggannya berpuas hati dengan kuih yang dibuatnya bukan sahaja kerana ia murah, tetapi sedap kerana dibuat menggunakan bahan yang cukup dan mengadun setiap bahan kuih seperti untuk dihidang kepada keluarga sendiri. - Bernama

Baguslah...ada juga yang boleh berfikir macam tu...memang tak elok 'Menipu Dalam Perniagaan'...lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan nie. Ada yang nak menipu dengan menaikkan harga dan ada jugak yang nak 'menipu' dengan menjual terlalu awal. Pukul 12 tengahari tegak, boleh nampak orang-orang kita berkerumun kat gerai air tebu dan soya di tapak pasar ramadhan. Kalau perempuan tu...logiklah...ini semuanya jantan, gagah perkasa..!!! Entah...aku tak paham...

Berniaga memang sunnah nabi...tapi kalau berniaga pukul 12 tengahari tu...nampak macam menipu jer...bersekongkol namanya tu. Tapi kalau disebabkan masalah ekonomi merudum dan nak tambah koleksi baju raya lebih sikit untuk tahun nie...no komen...

"Pedulik hapa aku, orang yang beli tu puasa ke tidak, itu bukan urusan aku...dosa dia, biarlah dia tanggung", sambil memasukkan duit jualan dalam kocek baju...mungkin separuh duit itu untuk mak ayah pergi haji tahun nie...

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin