Pengikut Awan

Friday, August 1, 2008

Bayar apa yang anda mahu

"Mamak..!!! teh tarik satu..!!!"
"Boley..!!!"
"Mamak..nak setengah teh tarik..!!!"
"Tak boleh..!!!"
"Kenapa..??"


Hehehe...iklan U-Mobile nie biasa kita tengok kat TV. Tapi mesej company tersebut amat simple..."Bayar apa yang anda mahu...". Aku bukan pelanggan U-Mobile kerana ianya buat masa sekarang adalah untuk pengguna di Lembah Kelang sahaja. Bukan pasal perkhidmatan itu yang aku nak tulis kat sini.

Pasal Ayam...

Aku biasa beli ayam segar di pasar malam Kluang setiap petang Sabtu. Biasanya aku akan beli seekor. Ayam-ayam yang telah disembelih biasanya akan diletakkan diatas meja untuk pelanggan memilih. Setelah ayam yang disukai dipilih, brader ayam akan angkat dan letak atas penimbang "12 ringgit 60 sen, nak potong?" dia akan bertanya. Aku anggukkan kepala.

Terus dia pass kat brader sebelah yang jadi tukang potong. Memang expert brader tu siang ayam. Mula potong kepala, lepas tu belah perut, tarik isi perut, potong kaki, potong kepak..lepas tu ambil pedal, belah dan buang dedak didalamnya, kemudian ceraikan lemak-lemak yang ada. Bungkus daging dalam plastik dan pass ke tangan aku.

Aku rasa aku tak 'bayar apa yang aku mahu'...mana pergi kepala, usus, lemak dan kuku? Sambil berjalan ke kedai sayur aku terfikir-fikir...kenapa penjual ayam tak timbang ayam selepas ayam disiang? Aku rasa macam kita semua dah kena tipu.

Hmmm...sekarang kalau nak beli ayam, aku cuma beli apa yang aku mahu. Rasa nak makan peha, aku pegi pasar beli peha sahaja. Mungkin harga tu dia tipu jugak...TAPI...aku cuma nak bayar apa yang aku mahu...





p/s: Memang untung jadi peniaga ayam, lepas suruh kita bayar apa yang kita tak mahu, dia jual pulak sisa-sisa jualan tu kat tokey babi. Tokey babi manyak untung wooo.."Wa cuma bili apa yang babi wa mau..."

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin