Pengikut Awan

Friday, July 25, 2008

Menjejak Awan

Salam sejahtera atas kamu...

TERIMA KASIH kerana ada yang sudi menjengah blog ini. Ini adalah hasil tanganku yang ke-TIGA di arena blog (setelah MyPoint2U dan MyView2All). Berbeza dengan kedua-dua blog yang lalu, ini adalah hasil tanganku untuk meluahkan apa yang terpendam didalam hati yang sering aku bisikkan sahaja. Mungkin hanya organ dalaman sahaja yang akan mendengarnya. Isu berkaitan semasa dan sosial yang mungkin anda semua juga alami. Aku tak ingin bercakap tentang politik disini memandangkan suasananya terlalu sakit untuk diproses didalam otak. Aku lebih suka menjurus kepada masalah sosial yang memadamkan keinginan masyarakat untuk menjadi sebuah bangsa yang maju. Isunya mungkin dianggap kecil, tapi kalau sehari kita buang sampah walau sekecil straw didarab 365 hari dan darab lagi dengan at least 50% jumlah rakyat, maka kesannya amatlah besar.

Mungkin apa yang akan diperkatakan disini ada pro dan kontranya, itu adalah lumrah, tapi kalau ianya sekadar sebagai lampin pakai buang sahaja pun, itulah pandangan aku...untuk MENJEJAK AWAN dan meredupkan dunia serta isinya yang bertambah panas...

Dunia makin maju, tapi kita masih bukan nombor satu...
Dunia semakin canggih, tapi kita masih menagih...

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin